Jumaat, 23 Jun 2017

Wan Azizah kata PH perlu menang PRU14 sebelum umum calon PM


Sekarang Wan Azizah kata PH perlu menang PRU14 sebelum umum calon PM
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata siapa-siapa saja boleh jadi perdana menteri apabila Pakatan Harapan memenangi PRU14. 
SELEPAS Anwar Ibrahim menarik diri, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan Pakatan Harapan (PH) perlu menang PRU14 terlebih dahulu sebelum mengumumkan siapakah bakal calon perdana menteri mereka.
Ketua pembangkang itu turut berkata, perbincangan di kalangan parti-parti PH mengenai senarai kepimpinan masih lagi berjalan.
"Menang dulu, lepas itu siapa-siapa nak jadi perdana menteri pun boleh, anda pun boleh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Sekarang kita fokus nak menang terlebih dahulu."
Sabtu lalu, Anwar mengumumkan menarik diri sebagai calon perdana menteri PH.
PH masih lagi tidak dapat membuat keputusan mengenai senarai akhir pemimpin dalam Majlis Presiden.
Pada 16 Jun, Wan Azizah berjanji untuk mengumumkan senarai kepimpinan.
Bagaimanapun, ianya masih belum diumumkan sehingga kini termasuk logo dan perlembagaan PH.
Senarai kepimpinan PH sepatutnya dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden PH dua minggu lalu tetapi terhenti selepas menerima nota daripada Anwar.
Selepas itu, dalam pertemuan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu di mahkamah, Anwar meminta rakan-rakan PH menunggu keputusan mesyuarat Biro Politik PKR.
Dalam satu temubual bersama Channel News Asia, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengakui peranannya menyebabkan pendaftaran PH tergendala.
"(Saya fikir ada antara mereka) bimbang, mereka sangsi, mereka merasakan saya masih mahu berkuasa, (dan) merampas parti mereka," kata bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu.

2 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
    ATAU KLIK DISINI

    BalasPadam
  2. Bagilah Anwar jadi PM. Afterall dia dah lama berjuang menentang ketidak adilan BN. Mahadir dan parti bersatu baru beberapa bulan join pakatan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA