Selasa, 6 Jun 2017

Tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat bayaran kepada peguam guna duit 1MDB, kata Rafizi

SEBUAH Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu diwujudkan untuk menyiasat laporan yang Perdana Menteri Najib Razak menggunakan wang yang dicuri daripada dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang musuh politiknya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata sudah tiba masanya untuk Majlis Raja-raja masuk campur, susulan laporan yang mendakwa Najib membayar sejumlah wang kepada peguam untuk menentang musuh politiknya, terutama sekali Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dipenjarakan atas dakwaan liwat.
“Siasatan perlu tertumpu kepada banyak mana kesan dan pengaruh bayaran yang dibuat kepada pegawai mahkamah, terutama sekali pendakwaraya yang dilantik kerajaan, Shafee Abdullah, dalam keputusan mahkamah terutama sekali sehingga Anwar dipenjarakan,” kata Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.
Shafee dilantik sebagai pendakwaraya awam ketika peringkat rayuan perbicaraan liwat Anwar selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada dakwaan liwat.
“Saya merancang kempen kesedaran melalui media sosial untuk menjelaskan kepada penduduk kampung bagaimana wang mereka digunakan Najib untuk menamatkan kerjaya politik Anwar, yang menyebabkan dia dipenjarakan.
“Saya juga akan memberikan perhatian saya kepada semua fakta penting dalam kertas siasatan yang memberikan perincian bagaimana penjawat awam tinggi tahu mengenai dana yang disalurkan ke akaun peribadi Najib sebelum perkara itu didedahkan kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib dan akaun bank peribadinya menjadi tumpuan selepas Sarawak Report menerbitkan artikel "Najib Paid Anwar's Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Slush Fund WHY?" pada 31 Mei lalu, menambah yang Shafee merupakan  “individu terbanyak menerima wang daripada akaun berkaitan 1MDB”.
Najib didakwa membayar Shafee sebanyak RM5.2 juta pada Febuari 2014 dan RM4.3 juta pada September 2013.

Laman sesawang itu turut mengatakan yang wang itu datang daripada akaun bank “yang sudah dikenalpasti menerima wang yang dirompak perdana menteri daripada anak syarikat 1MDB, SRC yang membuat pinjaman sejumlah RM4 bilion daripada dana persaraan penjawat awam (Kumpulan Wang Persaraan) KWAP”.
Bayaran yang diterima Shafee berjumlah RM5.2 juta pada Febuari 2014 itu didakwa dilakukan dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tidak bersalah Anwar atas tuduhan meliwat sebelum itu.
Najib dan Shafee masih tidak memberikan penjelasan selepas laporan Sarawak Report terbit.

4 ulasan:

  1. Sistem perundangan negara perlu dibetulkan semula. Saya setuju jika, siasatan diraja ditubuhkan. Rakyat mahu tahu kebenaran atau ini fitnah

    BalasPadam
  2. Seperti sudah tidak ada hujah lain, sekali lagi Pakatan mengitar semula isu 1MDB dan SRC. Cuma kali ini lebih 'menarik' apabila cuba mengaitkan Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim yang kemudian menyaksikan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati, Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Correct, correct, correct. Siapa boleh kena beli. Bengap ka lu? Najib semua main beli.

      Padam
  3. Adakah anda berminat untuk menyertai illuminati besar, di sini adalah kehidupan yang
    mengubah peluang ke dalam dunia yang
    kaya, anda akan diberi $ 10,000 setiap dua minggu sebagai keahlian
    berkat, peti masuk yang kuat dan terkenal kami kini di sini
    atau hubungi e-mel rasmi Illuminati pada
    illuminati.priest@mail-on.us
    Peti masuk, atau menghantar permintaan rakan
    Whatsapp +13176681073

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA