Khamis, 22 Jun 2017

Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, sembang PKR Kelantan


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyifatkan tindakan ahlinya yang menerima perlantikan sebagai ahli majlis daerah Pasir Mas semalam bersifat peribadi dan bukan atas arahan parti.
Abdul Aziz (dua dari kiri) hadir di majlis simulasi sambutan Aidilfitri PH Kelantan.Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, "Keputusan untuk tidak kekal dalam kerajaan Pas Kelantan adalah muktamad."
Keputusan parti mengenai perkara ini tiada sebarang perubahan kerana ianya adalah keputusan peringkat pusat.
"Kita di negeri hanya bertindak melaksanakan keputusan ini," katanya ketika ditemui di majlis simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan (PH) Kelantan petang semalam.
PKR Kelantan kata beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya bagi mengukuhkan PH peringkat negeri.
"PH Kelantan sudahpun menubuhkan sekretariat peringkat negeri dan dalam mesyuarat pertama telah melantik Datuk Husam (Musa) sebagai penasihat. Soal hubungan dengan Pas bagi saya sudah selesai, dan perkara hubungan parti di luar pakatan adalah urusan pihak pusat," katanya.
Semalam, tular di media sosial, seorang ahli PKR, Kamaruddin Zakaria menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Mas.

2 ulasan:

  1. Kamarudin patut keluar pkr dan join pas jika mahu kekal menjadi ahli majlis daerah pasir mas. Buat malu parti aje.

    BalasPadam
  2. Dia tak faham hal politik. Kasihan tengok dia

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA