Rabu, 21 Jun 2017

Tamparan Hebat PM Singapura Terhadap Datuk Seri Najib


Oleh Zainudin Maidin

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah meminta maaf kepada rakyat Singapura secara terbuka atas persengketaan dengan adik beradiknya berhubung dengan isu tanah rumah kediaman bapanya yang diwariskan kepadanya yang tiba-tiba  mencemarkan integriti keluarganya, rakyat, negara dan dan parti PAP


Atas kesedaran itu,beliau   menjanjikan kepada rakyat Singapura untuk mengadakan Full Public Hearing  dalam Parlimen Singapurra bulan depan  bagi membolehkan anggota pembangkang dan juga anggota partinya sendiri  untuk menyiasatnya secara bebas dan beliau bersedia untuk menjawabnya.

Sesiapapun yang melihat video ini ,pasti akan bertanya dalam hati kenaapa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib  yang menghadapi berbagai tuduhan kotor tidak sanggup untuk melakukan apa yang mahu dilakukan oleh PM Singapura itu.

Jaminan Hsien Loong itu  walaupun belum dilaksanakan tetapi sekali gus memulihkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadapnya untuk mengawal warisan bapanya, sebuah kerajaan  Singapura yang dihormati dunia kerana integriti dalam kebersihan dan kecekapannya.

Ini menunjukan beliau lebih memahami  penilaian rakyat terhadap kepimpinan Singapura yang telah sekian lama tersemai dengan kualiti integriti dan kerana itulah kesanggupannya berhadapan dengan rakyat berkesan melenyapkan sebarang prasangka buruk terhadapnya dan  memperkuatkan lagi kedudukannya sebagai Perdana Singapura dan keyakinan rakyat kepada parti PAP.

Video ini itu adalah  suau tamparan yang sangat hebat kepada Najib dan barisan pertahanannya yang dilihat lebih mengutamakan sandiwara politik untuk mengekalkan kuasa dan takut untuk menampilkan kejujuran politik bagi mengekalkan kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA