Selasa, 6 Jun 2017

SKANDAL RM9.5 JUTA: BUKANKAH LEBIH MUDAH SEPERTI INI?

Dua peguam yang didakwa oleh Rafizi Ramli menerima bayaran RM325,188 daripada Najib Razak yang dipercayai bersumberkan dana SRC International dengan pantas mengakui perkara itu, tetapi menjelaskan mereka tidak mengetahui punca wang tersebut.

Ghazi Ishak dan Salehuddin Saidin masing-masing memberitahu sebuah portal dalam perbualan telefon berasingan bahawa pembayaran RM325,188 itu telah diagihkan antara mereka dan dua firma guaman yang lain.

Bayaran tersebut adalah sebagai yuran guaman untuk mengenepikan sapina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, kedua-dua peguam itu menafikan sebarang pengetahuan bahawa wang berkenaan adalah berkaitan dengan SRC International
"Pada masa itu, saya fikir Najib tandatangan cek itu sendiri, ia tidak datang daripada mana-mana syarikat," kata Ghazi.
Salehuddin pula berkata "tidak ada sebab untuk beliau mempersoalkan sumber wang itu" dan mereka tidak diwajibkan untuk menjawab soalan itu.
Bukankah mudah seperti kedua-dua mereka ini?
Pantas untuk tampil dengan pengakuan yang jujur serta berterus-terang menerims bayaran daripada Najib.
Sebagai peguam, memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka menerima bayaran atas khidmat yang diberikan, apatah lagi menyelidiki punca wang yang diterima daripada pelanggan, tetapi dalam soal ini wibawa Najib tentu saja terus menjadi persoalan.
Beliau dilihat dengan mudah dan sanggup membuat pembayaran sebegitu lumayan hanya untuk kes mengenepikan sapina yang dikenakan terhadapnya.
Tidakkah tindakan mudah dan sanggup membuat bayaran itu membayangkan betapa mudahnya juga wang itu diperolehi?
Adakah jika ia hasil titik-peluh atau tabungan hasil keringat, pembayaran selumayan itu sedia dibayar hanya untuk mengenepikan suatu sapina dan bukan untuk mengelakkan hukuman penjara atau sebagainya?
Secara tidak langsung, dengan kepantasan Ghazi dan Salehuddin memberikan reaksinya ini, jawapan daripada Najib sama-sekali tidak lagi diperlukan.

Beliau malah boleh terus mendiam dan membisukan dirinya.
Namun, tidakkah dalam kes bayaran RM9.5 juta, lebih baik juga jika Shafee Abdullah yang didakwa oleh Sarawak Report menerima wang itu dapat menjadi seberani dan sepantas kedua-dua peguam ini untuk tampil memberi penjelasannya?

7 ulasan:

  1. Saya cadang shafee saman SR krn memfitnah beliau dan pm. Rakyat mahu tahu yg benar.

    BalasPadam
  2. Kenapa tidak sapina aje 12 saksi Anwar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he he
      Apa citer lu ni mat

      Padam
    2. Knp nak kena sapina jd saksi pun tak berani? Takut krn bersalah? Nothing to hide?

      Padam
  3. Dua hari sudah, Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan qazaf ke atas Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

    Asas penolakan tersebut adalah mudah. Hakim memutuskan tuduhan qazaf dalam kes liwat tidak terpakai memandangkan di bawah Seksyen 36, qazaf hanyalah seksyen yang diperuntukkan dalam kes pertuduhan zina antara lelaki dan perempuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The reason why Anwar lost his case is not because Najib paid Shafee RM9.5 million, as alleged. Even if Najib had paid Shafee a mere RM1,000 Anwar would still have been sent to jail. Anwar was found guilty because he refused to testify and defend himself, plus he was not able to offer an alibi after saying he has an alibi and has 12 witnesses to support his alibi (his wife included).

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA