Sabtu, 10 Jun 2017

Skandal FGV: Urus niaga RM850 juta meragukan, Putrajaya patut gantung Isa

PUTRAJAYA didesak menggantung tugas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa Samad bagi membolehkan siasatan terhadap urus niaga yang “dipertikaikan” ditandatangani oleh syarikat perladangan itu dijalankan dengan telus. Urus niaga itu termasuk pelaburan tambahan £100 juta (RM550 juta) dalam Felda Cambridge Nanosystems Ltd yang kerugian RM117 juta dalam tempoh beberapa tahun lalu dan RM300 juta yang lain untuk membeli pegangan saham 30 dalam kilang krimer, yang bukan sebahagian perniagaan teras Felda.
“Lebih menakutkan, Zakaria turut mendedahkan campur tangan langsung oleh lembaga pengarah dalam FGV untuk memberikan kontrak rundingan terus tanpa tender yang mahu ditolaknya sejak dilantik setahun lalu pada April 2016,” kata Pua dalam satu kenyataan.
“Selepas hampir seminggu pendedahan skandal itu, pengerusi lembaga pengarah Isa Samad enggan memberi penjelasan mengenai tuduhan itu,” katanya.
Zakaria digantung tugas pada Selasa atas tuduhan pembabitan dalam transaksi tidak teratur bernilai RM46 juta. FGV menggantung CEO itu dan tiga yang lain dalam pengurusan syarikat sehingga selesa siasatan audit dalaman.
Semalam, Edge Financial Daily melaporkan Isa mendakwa tuduhan Zakaria bukan satu isu, dan perkara yang membimbangkan ialah transaksi tidak teratur antara anak syarikat FGV, Delima Oil Sdn Bhd syarikat Afgan berpangkalan di Dubai, Safitex Trading LLC.
Isa dilaporkan berkata, “Saya tidak mahu buat kenyataan mengenai perkara itu. Jangan simpangkan isu. Kita bercakap fasal perkara ini (Safitex). Topik lain boleh dibincangkan hari lain, selepas yang ini selesai. Bagi kami, fokus sekarang ialah tindakan yang diambil Zakaria.”
Pua berkata walaupun Safitex mempunyai hutang tertunggak AS$11.7 juta (RM46 juta) kepada FGV yang amat membimbangkan, perkara lebih besar ialah urus niaga RM850 yang meragukan ditimbulkan oleh Zakaria.

“Namun, rakyat Malaysia juga berminat mengetahui kebenaran di sebalik pelaburan RM550 juta dan RM300 juta yang disebut sebagai ‘urus niaga tidak masuk akal’.
“Pendedahan besar ini membabitkan RM850 juta dan pemberian kontrak yang tidak jujur tidak kurang seriusnya dengan kesalahan yang dikatakan dibuat Zakaria bernilai RM46 juta,” kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
“Jika tuduhan itu benar, maka sudah tentu dia perlu meletak jawatan atau dipecat,” katanya.
Sehubungan itu, Pua mendesak FGV serta-merta menggantung Isa sebagai pengerusi, sehingga siasatan selesai.
Isa secara terbuka menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan sebagai pengerusi, dengan berkata beliau tidak melakukan kesalahan.

2 ulasan:

  1. Gantung serta merta! Jk cukup bukti terus dakwa isa samad. No compromise. Enough is enough

    BalasPadam
  2. 850 juta buat tak nampak nampak tapi yg 46 juta dibesar besar kan. Apa punya pertimbangan ni? Isa pun patut digantung jawatan utk ketelusan siasatan. Shahril patut campur tangan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA