Khamis, 8 Jun 2017

Skandal FGV: SPRM ke Menara Felda ambil dokumen

Lebih 10 pegawai SPRM tiba di Menara Felda berhampiran KLCC, kira-kira 10 pagi ini.
menara-felda2KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil dokumen dari Menara Felda berhubung siasatan membabitkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Lebih 10 pegawai SPRM tiba di Menara Felda berhampiran KLCC, kira-kira 10 pagi tadi.
Semalam, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan membawa beberapa dokumen syarikat itu, selepas diopanggil badan anti-rasuah berkenaan.
“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.
“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” kata Zakaria semalam.
menara-felda
Kelmarin, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar turut diarahkan bercuti.

1 ulasan:

  1. Buat apa sprm susah payah. Nanti tangan2 setan akan campur tangan

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA