Khamis, 8 Jun 2017

Skandal FGV : Penjenayah Arah Ceo bercuti Untuk Siasatan

Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar

1. Suatu yang sangat pelik berlaku mutakhir ini apabila pengurusan Felda Global Ventures Bhd (FGV) mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad (CEO) bercuti untuk siasatan.Arahan tersebut adalah dari keputusan mesyuarat lembaga pengarah FGV yang dipengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad.

Sangat melucukan setelah umat Islam melalui fasa pertama ramadhan (awal ramadhan ialah rahmat) dan di hari pertama fasa keampunan tiba-tiba Isa Samad mengumumkan mesyuarat lembaga pengarah FGV yang dipengerusi oleh beliau sendiri telah mengambil keputusan mengarah CEO dan tiga lagi pegawai tinggi FGV bercuti dari tugas untuk proses siasatan audit dalaman.Arahan itu menyatakan mereka perlu bercuti berikutan siasatan dalaman ke atas tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products Sdn Bhd.Ini umpama penjenayah arah CEO syarikat bercuti.

2. Yang peliknya Isa Samad yang dipersoalkan sejak dari awal beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dan FGV telah berlaku salahguna kuasa Isa Samad termasuklah usaha percubaan merampas kuasa dalam Koperasi Peneroka walaupun beliau sedar yang beliau sendiri bukan dalam kelumpok peneroka Felda sehingga isu tersebut terseret ke mahkamah.Begitu juga  paksaan pemilikan saham koperasi dalam Felda Holding diserahkan pada FGV serta penyenaraian FGV ke bursa yang dibantah oleh pegawai-pegawai tinggi Felda serta isu Felda Investman Corpration (FIC).Tapi Isa Samad bebas dari siasatan dan tindakan sehingga dia tidak disambung tugas sebagai Pengerusi Felda tetapi masih bermaharaja lela di FGV sebagai Pengerusi.Isu FGV menjadikan penjenayah mengarah CEO bercuti.

3. Masih tidak terjawab dalam persoalan apa yang menjadi ketakutan Najib untuk bertindak terhadap tingkah laku Isa Samad. Apakah ilmu kebal yang diamal Isa Samad sehinggakan beliau tak mampu disentuh oleh PM Najib.Ataupun hubungan Isa dengan Najib ibarat hubungan ketua penyamun (Cheif) dengan Sarjan seperti dalam filem "Ali Baba dan 40 penyamun".

FGV adalah syarikat GLC kedua selepas 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak, yang bergelumang dalam krisis.

4. Saya percaya Najib dan Isa Samad masing-masing mempunyai "trump card" yang sangat ditakuti oleh mereka berdua.Oleh itu isu dan masalah dalam Felda serta kerugian dalam FGV mahu dialih dan dibebankan ke atas pihak pengurusan. Oleh demikian CEO yang jujurlah yang dimangsakan.Sudah menjadi resam dunia para pendusta dipercaya sedangkan orang jujur dianggap sebagai berdusta,si jujur menjadi mangsa si penjahat jadi sanjungan.

5. Saya yakin masalah FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana niatnya tidak lurus dan tidak telus. Kemelut korporat yang sedang berlaku ini adalah akibat  urus tadbir yang menyeleweng serta campur tangan songsang oleh pentadbiran PM Najib serta tidak adanya petunjuk positif daripada kerajaan mengenai bagaimana kemelut itu ditangani.

Semoga Allah memberikan kepada kita para pemimpin yang takut kepada Allah dan memiliki sifat  amanah, mengasihi rakyat dan tidak suka hidup mewah, menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan, cinta syariat dan anti khianat.

#JanganBiarkanPenjenayahMemerintahNegara
#BenterasPenjenayahNegara
#BebaskanNegaraDariPenjenayahBerkuasa

3 ulasan:

  1. Saya pun rasa isa ada trump card sbb itu sukar bagi kerajaan nak ambil tindakan ke atasnya.

    BalasPadam
  2. Itulah SOP umngok. Klu nak ubah kita mesti terajang umngok. MESTI UBAH!!

    BalasPadam
  3. Jgn marahkan umno kerana tak bersalah. Pemimpin umno juga tkde yang bersalah. Mereka semua drp kalangan yg jujur dan berintegriti.
    Kalau ada yang bersalah, takkan lah mr presideng parti lebai nak kekalkan mereka perentah negara?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA