Rabu, 7 Jun 2017

Skandal FGV: Pas cadang Isa juga bercuti, Shahrir pangku tugas

Isa Samad FGV
Pas menyarankan pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Samad turut bercuti bagi memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap penyelewengan dalaman FGV serta-merta.
Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad boleh dilantik sebagai pemangku Isa.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, mengambil cuti susulan siasatan yang dijalankan ke atas pembayaran oleh sebuah anak syarikat.
"Banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada FGV dan pengurusan Isa.
"Sekiranya Zakaria perlu bercuti, Isa lagi perlu bercuti untuk memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap dakwaan kedua-dua pihak dan penyelewengan dalaman FGV dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan.
Beliau juga berkata, tindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Isa sebagai pengerusi FGV menyebabkan pengerusi Felda yang baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.
""Pas meramalkan Shahrir dan Isa bakal bertembung, dan ini akan satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.
"Sepatutnya Isa perlu dibuang terus daripada Felda. Pertembungan antara Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad tidaklah menghairankan, malah sudah dijangka," katanya lagi.

Justeru, katanya terbukti keputusan menyenaraikan FGV dan melantik Isa menerajui Felda adalah dua kesilapan besar Najib yang akan diingati peneroka sampai bila-bila.
Tengah hari semalam, Isa mengadakan sidang akhbar mengenai tindakan FGV menjalankan siasatan audit dalaman membabitkan Zakaria dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya diperlukan.
Zakaria pula dilaporkan mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi FGV bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
Beliau setakat ini mempertahankan diri dan enggan berundur serta berhujah proses pembayaran dan syarat kredit yang digunapakai Delima Oil itu sudah dilaksanakan sebelum beliau menjadi CEO lagi.

4 ulasan:

  1. Setuju. Tapi mahu ke najib dengar cadangan pas? Sedangkan yang lantik isa ialah najib.

    BalasPadam
  2. Cuti teruuuuussss pun boleh...

    BalasPadam
  3. Adakah anda berminat untuk menyertai illuminati besar, di sini adalah kehidupan yang
    mengubah peluang ke dalam dunia yang
    kaya, anda akan diberi $ 10,000 setiap dua minggu sebagai keahlian
    berkat, hubungan yang kuat dan terkenal Illuminati e-mel rasmi pada
    illuminati.priest@mail-on.us
    Inbox tuan besar
    Whatsapp +13176681073'

    BalasPadam
  4. Gulingkan isa. Agaknya dia dh kenyang selama berada dFelda.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA