Rabu, 7 Jun 2017

Skandal FGV: Najib juga perlu disiasat, kata Pemuda Amanah

fgv
Pemuda Amanah Nasional menggesa siasatan dibuat melibatkan perdana menteri, pengerusi Felda Global Venture (FGV), dan keseluruhan operasinya rentetan krisis dalam pentadbiran FGV.
Naib ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, sebarang proses siasatan tanpa melibatkan Datuk Seri Najib Razak hanya wayang untuk mengekalkan Tan Sri Isa Samad di puncak kuasa.
"Dalam hal ini, perdana menteri selaku individu yang membawa Isa Samad ke dalam Felda perlu tampil dan mengambil tanggungjawab penuh. Beliau dilihat sebagai punca utama yang berada di belakang Isa Samad dalam mengawal perjalanan Felda selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut memberi contoh kerugian FGV ketika Isa menjadi pengerusinya.
"Ketika era Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FGV, telah berlaku penyelewengan di Felda Iffco Gida Sanayi, sebuah anak syarikat yang dimiliki 50% saham oleh FGV di Turki, dengan kerugian saham luar biasa sebanyak RM57 juta.
"Penyelewengan tersebut telah menyebabkan kerugian suku ketiga FGV yang berakhir 30 September 2016 melebar daripada RM33.9 juta tahun yang lalu ke RM94.86 juta.
"Bagi melengkapkan kitar kegilaan ini, Isa Samad telah mengadakan mesyuarat lembaga pengarah tergempar dan tertutup dengan mengusulkan untuk menyingkirkan Zakaria Arshad sebagai CEO FGV tanpa menjemput beliau untuk menghadiri mesyuarat.
"Pelik, tapi benar. Bagaimana CEO boleh dihalang daripada hadir mesyuarat lembaga pengarah?" katanya.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, mengambil cuti susulan siasatan yang dijalankan ke atas pembayaran oleh sebuah anak syarikat.

Tengah hari semalam, Isa mengadakan sidang akhbar mengenai tindakan FGV menjalankan siasatan audit dalaman membabitkan Zakaria dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diperlukan.
Zakaria pula dilaporkan mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi FGV bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
Beliau setakat ini mempertahankan diri dan enggan berundur serta berhujah proses pembayaran dan syarat kredit yang digunapakai Delima Oil itu sudah dilaksanakan sebelum beliau menjadi CEO lagi.

3 ulasan:

  1. Gesaan Pemuda Amanah adalah sia sia kerana pm kebal.

    BalasPadam
  2. Hello,
    Memerlukan pinjaman yang cepat, mudah, selamat dan terjamin?
    Anda berada satu langkah lagi untuk Wang anda!
    pinjaman cepat dan fleksibel!
    Permohonan diterima 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
    Ia mengambil masa hanya tiga langkah mudah
    1) Pilih jumlah dan tempoh pinjaman anda
    2) Lengkapkan permohonan anda
    3) Dapatkan wang anda dalam beberapa minit!
    Kami boleh memberi jaminan perkhidmatan kewangan yang terbaik berpengalaman & profesional!
    Mesej ini ditujukan untuk anda!
    Peti masuk saya jika anda berminat
    Jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi kakitangan yang bertanggungjawab untuk pinjaman
    pemprosesan melalui hubungan di bawah
    Whatsapp +13176681073
    atau sila membalas e-mel
    idaghehernadez@gmail.com

    BalasPadam
  3. Isa uruskan felda spt dia uruskan umno. Warga felda takkan nak biar felda dijadikan mainan peribadi isa

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA