Rabu, 21 Jun 2017

Skandal FGV: Najib arahkan saya ke SPAD, kata Isa


Najib arahkan saya ke SPAD, kata Isa
Isa Samad hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini untuk membantu siasatan rasuah dan tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam FGV.
BEKAS pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Isa Samad berkata beliau hanya menerima jawatan di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pemangku pengerusi kerana Perdana Menteri Najib Razak mengarahkannya.
Beliau memberitahu media selepas memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam FGV.
"Saya hanya pergi ke SPAD kerana PM (Najib) arah saya," katanya.
Isa melepaskan jawatannya sebagai pengerusi FGV dua hari lalu selepas bertemu Najib. Pada hari yang sama, beliau dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD selepas persaraan pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar pada 6 Jun.
Mengenai kehadirannya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Isa berkata beliau menjawab semua pertanyaan SPRM termasuk yang berkaitan dengan perjanjian dengan syarikat Afghanistan, Safitex dengan subsidiari FGV Delima Oil.
Beliau enggan memberikan butiran mengenai soalan itu.
Apabila ditanya sama ada SPRM bertanyakan mengenai isteri pegawai tertinggi kerajaan yang menggunakan penerbangan kelas pertama di luar negara menggunakan wang FGV dan juga atas tuduhan beliau menggunakan wang FGV  untuk agihan sumbangan, Isa tidak menafi atau mengesahkan soalan yang ditanya.
Isa berkata dia sudah menjawab semuanya dan terserah kepada SPRM untuk mendedahkan butirannya.
Beliau berada di sana bersama isterinya Bibi Shaliza Mohd Khalid dan menghabiskan masa lebih daripada empat jam memberi kenyataan kepada SPRM.
Isa Samad berkata beliau akan menyerahkan semuanya kepada SPRM untuk memutuskan sama ada beliau bersalah berikutan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya.
"Sama ada saya salah atau tidak saya tidak tahu, saya tidak boleh cakap kerana terlalu awal, terpulang kepada SPRM untuk membuat keputusan," katanya.

Isa berkata isterinya, Bibi dipanggil kerana namanya disebut dalam siasatan dan ia adalah perkara biasa bagi mereka untuk memanggil individu untuk disoal siasat.
Isa adalah orang terakhir yang dipanggil untuk disoal siasat.
SPRM sebelum ini merakam kenyataan daripada pegawai dan ahli lembaga FGV.
SPRM melancarkan siasatan ke atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa di FGV selepas Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat Felda, Zakaria Arshad dan tiga pegawai kanan lain diminta bercuti sambil menunggu siasatan dalaman mengenai tawaran antara Delima Oil dan Safitex.
Sehari selepas surat arahan bercuti itu dikeluarkan , Zakaria hadir ke pejabat SPRM dan membawa susunan fail serta dokumen untuk membantu siasatan.
Dia beredar tujuh jam kemudian selepas selepas memberi kenyataan kepada penyiasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA