Sabtu, 10 Jun 2017

Skandal FGV: Lembaga Pengarah nafi 'tuduhan' CEO

Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) hari ini menafikan tuduhan "perjanjian tidak masuk akal" dibuat ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) itu yang kini diarah bercuti, Datuk Zakaria Arshad.
"(Lembaga) ingin menjelaskan bahawa perluasan FGV Cambridge Nanosystems Ltd (FGV CNS) bernilai £100 juta adalah tidak benar dan tidak pernah dibentangkan kepada lembaga seperti yang didakwa dalam artikel berita yang dipetik Zakaria Arshad.
"Kerugian RM117 juta direkodkan FGV CNS dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu juga tidak benar.
"FGV mengambil alih FGV CNS pada Disember 2013 dan kerugian yang ditanggung dari 2014 hingga April 2017 adalah £5 juta (RM27.5 juta), iaitu sebagai syarikat awal pada peringkat pembangunan produk," kata jawatankuasa eksekutif FGV lembaga itu dalam satu kenyataan hari ini.
Lembaga pengarah FGV itu juga menafikan dakwaan Zakaria mengenai rancangan pelaburan RM300 juta untuk menguasai 30 peratus saham dalam sebuah syarikat kilang krimer.

1 ulasan:

  1. Boleh percaya ker ckp2 penjenayah umno/bn ni....auta jer....kaki rasuah...brp byk dedak dibg pd penyokong..Utk setuju jenayah yg dibuat...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA