Selasa, 13 Jun 2017

Skandal FGV: Lebih 50 akan dipanggil

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal-siasat lebih 50 individu bagi membantu siasatan ke atas Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang sedang dijalankan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki.
Ini mungkin termasuk pengerusi syarikat FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad, katanya.
"Kenyataan mereka adalah penting bagi membolehkan kami untuk melengkapkan siasatan, yang bermula minggu lepas.
"Pasukan siasatan juga akan sekali lagi ke pejabat Felda untuk merampas dokumen-dokumen yang berkaitan," katanya yang dipetik sebagai berkata oleh The Star.
"Kami percaya kenyataan itu akan membantu SPRM untuk menyelesaikan kes secepat mungkin. Ia juga bergantung kepada bukti yang dikumpul," katanya.
Menurut New Straits Times, Azam berkata, pegawai SPRM akan membuat satu lagi lawatan ke FGV untuk mendapatkan lebih banyak dokumen mengenai isu-isu yang dibangkitkan semasa proses siasatan pada minggu lalu.
Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan siasatan, katanya bergantung kepada tahap kerjasama saksi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad juga mengesahkan suruhanjaya itu menerima beberapa laporan mengenai siasatan FGV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA