Sabtu, 10 Jun 2017

Skandal FGV: Langkah drastik perlu untuk selamatkan FGV, kata Shahrir

Tan Sri Shahrir berkata, tindakan drastik perlu dilakukan untuk memastikan syarikat tersebut kembali stabil dan langkah terbaik adalah untuk menempatkan wakil Felda dalam Lembaga Pengarah FGV.
shahrir-fgvPETALING JAYA: Felda mampu menyelesaikan kemelut yang sedang melanda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), sekali gus membantu mengembalikan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat itu, kata Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki Felda dalam industri berkenaan.
FGV, syarikat berkaitan kerajaan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, kini dilihat berhadapan dengan isu kepimpinan dan pengurusan serius.
Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad bercuti mulai 6 Jun lalu. Zakaria yang sebelum itu enggan meletakkan jawatan dilaporkan berhadapan dengan krisis pengurusan.
Badan itu mengeluarkan arahan kepada Zakaria untuk melepaskan 2 jawatan dipegangnya susulan siasatan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha turut dilaporkan dipaksa bercuti serta-merta berhubung siasatan tunggakan bayaran Safitex.
Tan Sri Isa Samad merupakan pengerusi FGV.
Isu FGV sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberi tumpuan ke atas 6 perkara. Zakaria berada di ibu pejabat SPRM 2 hari yang lalu.
Shahrir yang dilantik sebagai pengerusi Felda tahun lalu berkata, tindakan drastik perlu dilakukan untuk memastikan syarikat tersebut kembali stabil dan langkah terbaik adalah untuk menempatkan wakil Felda dalam Lembaga Pengarah FGV.
“Pada 26 Mei lalu, Felda telah menghantar surat kepada FGV untuk menempatkan 3 orang dalam Lembaga Pengarah FGV dengan 2 daripadanya wakil pengurusan manakala seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah Felda sendiri, namun hingga hari ini masih belum ada jawapan balas.

“Oleh sebab itu, saya akan menulis sendiri surat sebagai susulan terhadap cadangan itu sekembalinya saya ke Kuala Lumpur, Isnin ini,” katanya dipetik Utusan Online.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, pihak pengurusan tertinggi FGV perlu mengakui syarikat itu kini mengalami masalah dan bukan bersikap sebaliknya dengan menafikan perkara tersebut.
“Apa yang perlu dilakukan adalah mencari penyelesaian terbaik buat syarikat itu secara keseluruhan dan bukannya soalan siapa menang.”
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat isu semasa ini sebagai 1 perkara yang serius dan melantik Tan Sri Idris Jala untuk menyelesaikan apa yang berlaku.
“Ini 1 langkah yang bagus,” kata beliau lagi.
Shahrir turut berharap masalah yang berlaku dapat diselesaikan segera supaya tidak memberi kesan buruk kepada pihaknya dan peneroka kerana Felda merupakan pemegang saham terbesar FGV iaitu sebanyak 33 peratus.

2 ulasan:

  1. Untuk memulihkan fgv, mula mula sekali tamatkan khidmat isa samad kerana terbukti felda dibawah isa telah rugi dan gagal.

    BalasPadam
  2. Pi mampuih be la dgn felda ..Ada ka felda dok tolong kami rakyat biasa ..hg pa yg dok undi BN bg depa menang..pi lantak nak jadi apa pun..pi masuk longkang ..bangrap ..bungkuiih ..pi mwlantak..aku Tarak kisah..Negara mng dah korup
    ...nak mwlingkup...Tak payah kisah .. cover pasai felda Ni pun Baguih..pi mampus

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA