Rabu, 7 Jun 2017

Skandal FGV: ‘Kebenaran akan menjelma’

CEO Kumpulan Felda Global Ventures itu berkata peristiwa yang menimpa tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda.
zakaria-2
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat itu.
“Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.
“Kepada rakan sekerja FGV dan warga Felda, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.
zakaria-3
Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.
FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.
Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya, Zakaria berkata beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.
“Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan,” katanya.
Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.
“Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri,” katanya.

3 ulasan:

  1. Penyamun melantik penyamun maka jadilah penyamun alibaba mana nak mengaku bapa borek anak rintik kalau najib boleh tutup kes 1MDB begitulah juga Isa samad dia nak tutp penyelewengan yang dibuat oleh manta CEO terdahulu maka yang jadi mangsa CEO sekarang jadi para pemegang saham FGV perlu berfikir CEO ini anak kelahiran FELDA generasi kedua maka berfikirlah singkirkan malaun penyangak dalam FELDA dan humbankan mereka ke dalam jerigi besi sungai buluh secepat mungkin untuk bagi kesedaran pada najib.

    BalasPadam
  2. Penyamun melantik penyamun maka jadilah penyamun alibaba mana nak mengaku bapa borek anak rintik kalau najib boleh tutup kes 1MDB begitulah juga Isa samad dia nak tutp penyelewengan yang dibuat oleh manta CEO terdahulu maka yang jadi mangsa CEO sekarang jadi para pemegang saham FGV perlu berfikir CEO ini anak kelahiran FELDA generasi kedua maka berfikirlah singkirkan malaun penyangak dalam FELDA dan humbankan mereka ke dalam jerigi besi sungai buluh secepat mungkin untuk bagi kesedaran pada najib.

    BalasPadam
  3. Adakah anda berminat untuk menyertai illuminati besar, di sini adalah kehidupan yang
    mengubah peluang ke dalam dunia yang
    kaya, anda akan diberi $ 10,000 setiap dua minggu sebagai keahlian
    berkat, hubungan yang kuat dan terkenal Illuminati e-mel rasmi pada
    illuminati.priest@mail-on.us
    Inbox tuan besar
    Whatsapp +13176681073''

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA