Sabtu, 17 Jun 2017

SKANDAL 1MDB:KERAJAAN DAN NAJIB WAJAR AMBIL TINDAKAN UNDANG PADA DOJ ATAU TINDAKAN DIPLOMATIK KEATAS AMERIKA SYARIKAT.

1. Laporan tuntutan baru yang di keluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) terhadap aset-aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB ada sangat berat dan mencalarkan nama Malaysia dan PM Najib.Pendedahan tersebut meliputi pembelian kapal layar,rantai tangan,harta intelektual (filem) dan sebagainya yang   berjumlah AS$540 milion bersamaan RM2.3 bilion.Pendedahan baru oleh DoJ mengaitkan pembelian barang kemas untuk Isteri MO1.Menteri di JPM telah memperakui Najib adalah MO1.

2. Pendedahan sebelum ini individu  MO1 telah menerima wang AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB dan jumlah tersebut diperakui Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cuma dikatakan wang tersebut adalag  derma dari Raja Arab.Pendedahan yang terbaru mendedahkan sebanyak AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1 Najib Razak.Wang tersebut juga digunakan untuk membeli  gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

 Yang ketiga dan terbaru, DoJ meletakkan angka yang didakwa diselewengkan itu sebanyak AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang dipercayai diperolehi dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

3. Apa pun respon yang berlaku di Malaysia hanya sekadar menyatakan ini adalah 'campur tangan Amerika' seperti kenyataan menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salkeh Said Keruak. Manakala Peguam Negara dan PMO menyatakan tiada bukti yang mensabitkan PM Najib.Namun  'counter statement' begini tidak berupaya membersihkan nama Malaysia dan PM Najib yang telah menjadi bahan ketawa antarabangsa serta dihina

Sebaliknya maklumbalas sedemikian menambahkan lagi wajah buruk Malaysia yang telah busuk akibat 'disolek' oleh tindak tanduk kerajaan serta institusi penguatkuasaan yang bertindak menjadi 'jaguh pelindung jenayah dan penjenayah' dikalangan pemimpin politik pemerintah.

4. Saya mencabar kerajaan PM Najib, pertamanya jangan tunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap DoJ yang dikatakan mengeluarkan laporan berkaitan wang 1MDB yang berunsur fitnah terhadap Kerajaan Malaysia dan PM Najib.Ini sangat penting untuk membersihkan nama Malaysia dan  mengembalikan keyakinan dunia serta memulihkan ekonomi negara.

Sebagai langkah awal kerajaan perlu menghantar wakil dari Jabatan Peguam Negara untuk menyemak dokumen-dokumen pendedahan DoJ serta  prosiding perundangan di Amerika Syarikat untuk tindakan undang-undang terhadap fitnah DoJ ke atas Malaysia dan PM Najib.

Keduanya adalah menggunakan tindakan diplomatik dengan menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Amerika Syarikat yang didakwa oleh Malaysia sebagai campurtangan asing di Malaysia dan buktikan tiada transaksi wang tersebut seperti dakwaan DoJ.

Saya menyeru agar PM Najib berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit yang mengakibatkan rakyat terkesan secara tidak langsung. Rakyat sudah mula tertanya-tanya, siapa yang bercakap benar,mana satu yang betul.

 Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA