Selasa, 20 Jun 2017

Skandal 1MDB: Syed Saddiq mahu polis siasat dakwaan Raja Petra

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu polis bertindak ke atas penulis blog Raja Petra Kamarudin kerana mendakwa beliau adalah antara mereka di sebalik saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan 1MDB.
"Saya menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa saya tidak ada sebarang kaitan dengan kes itu, jadi saya harap polis akan meneliti tuduhan Raja Petra itu” katanya dalam laporan polis terhadap blogger buangan itu di Balai Polis Gombak pagi ini.
Beliau menambah bahawa dirinya bersedia untuk disiasat oleh polis jika bertindak melanggar kedaulatan negara.
Pada 18 Jun, Raja Petra menerusi blognya Malaysia Today, mendakwa Syed Saddiq, bersama dengan pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 'merancang' saman sivil DOJ ke atas 1MDB.
"Perkara terakhir yang saya mahu lakukan ialah menjual maruah negara, saya lebih rela mati daripada menjual maruah negara ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.
Raja Petra juga mendakwa bahawa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada BERSATU bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman DOJ itu.
"Saya benar-benar terkesan dengan tulisan Raja Petra, kerana, secara tidak langsung, beliau berkata saya tokoh yang berpengaruh, sedangkan pada masa lalu, pemimpin Umno-BN melabelkan saya sebagai tidak matang, gila dan bodoh," katanya.

1 ulasan:

  1. Saman rpk. Suruh kpn pelawa dia balik utk beri keterangan. Ada sanggup?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA