Jumaat, 2 Jun 2017

Skandal 1MDB & SRC: Kita bertuah sebab Najib sangat telus ampu MT UMNO

Pembangkang harus sedar, ketua parti bertanggungjawab mencari dana bagi memastikan segala program dapat dijalankan, kata Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Justeru, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Umno merupakan sebuah parti yang beruntung kerana mempunyai seorang presiden yang telus, iaitu Datuk Seri Najib Razak.
"Kita (Umno) beruntung kerana ketua parti kita sangat telus. Datuk Najib sudah terangkan banyak kali (dari mana dana untuk parti itu diperolehi) tetapi pembangkang ini, cakap apa pun mereka tidak akan percaya," katanya kepada Umno Online.
Anggota Dewan Undangan Negeri Lanchang di Pahang itu mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Muhajid Yusof Rawa, baru-baru ini.
Dalam keyataan yang disiarkan Malaysiakini Mujahid meminta semua ketua bahagian Umno dan parti komponen BN yang menerima dana didakwa dari kantung SRC International supaya bertaubat dan memulangkan wang berkenaan kerana ia adalah milik rakyat.
SRC suatu ketika dulu ialah anak syarikat 1MDB yang ditubuhkan kerajaan.
Pengkritik mendakwa wang berkenaan disalurkan dari SRC ke akaun persendirian Najib.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku atau penyelewengan.
Mohd Sharkar berkata seorang ketua parti memang bertanggungjawab mencari dana untuk menggerakkan sebarang aktiviti mereka.
Terbukti 'suka menipu'
Orang bawahan pula, katanya, tidak pernah bertanya dari mana dana berkenaan diperolehi.

“Memang kerja ketua parti cari duit... contoh ketua-ketua bahagian saya minta duit untuk jalankan aktiviti, mereka tidak pernah tanya duit datang dari mana.
"Kalau ketua parti tidak boleh cari duit, maka jangan jadi ketua parti," katanya lagi.
Sehubungan itu Mohd Sharkar meminta agar pembangkang berhenti memainkan isu 1MDB yang didakwanya dikitar semula serta diputar belit.
"Pembangkang sebenarnya semakin terdesak dan tandus isu... isu 1MDB sudah diterangkan banyak kali dan semuanya telah dijawab tapi mereka (pembangkang) asyik kitar semula.
"Tolonglah move on, jangan asyik cari publisiti murahan," katanya lagi.
Mohd Sharkar juga menasihati Mujahid supaya sedar bahawa segala yang didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli adalah perkara yang tidak betul.
"Apa yang didedahkan oleh Rafizi bukannya betul kerana telah terbukti Rafizi suka menipu," katanya.

2 ulasan:

  1. Hei mamat...mmg kerja ketua parti cr duit tapi bukan ambik duit tabung haji, KWAP, KWSP, LTAT dll. Kan tu duit rakyat...klu ia najib mintak kat Raja Saudi ke, Raja Berunai ke... tu lantak dia la.
    Dah tu duit bg anak2 dia buat tu buat ni...Jho Low tu haram jadah mkn duit dr mna entah...
    Hei Mamat, nk ngampu jgn melampau sngt...jgn smpi xtau beza membeza. Yalah nk PRU, br muka mamat kuar nk tjuk hero le tu...shit

    BalasPadam
  2. Ada peluang jadi Mb Pahang ganti Tok Nan...tu yg bodek sakan.
    Hei mamat, eloknya ko kwn hadi dn UG mcm Dato MP Kuala Nerus yg amat gembira naik keta Mb Tganu...politik matang konon....boleh bla la..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA