Rabu, 21 Jun 2017

Skandal 1MDB: Rakyat jangan panik dengan saman DoJ....


Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina berkata beliau kesal kerana sesetengah pihak mudah percaya dengan apa sahaja yang didakwa.
Azalina DOJ"Apabila Amerika Syarikat kata ini satu perkara yang berlaku, tak ada usul periksa, kelam kabut kita percaya," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu itu selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guaman di sini, hari ini.
DoJ mengemukakan saman sivil kedua baru-baru ini bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Azalina berkata setiap negara mempunyai sistem undang-undang tersendiri termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia.
"Bagi saya DoJ ialah Amerika punya sistem. Terpulang kepada dia. Ia adalah perkara sivil.
"Dalam negara, kita ada sistem Parlimen, sistem mahkamah kita, sistem peguam negara kita. Kita dah ada semua. Oleh itu, kita lakukan ikut cara kita," katanya.

1 ulasan:

  1. habis ko ingat rakyat nak percaya ko ker....mana bukti yg menidakkan dakwaan itu.....jgn sibuk bila dah kena batang hidung sibuk org buktikan.....sbb org dah ada bukti yg sahihlah org tu buat dakwaan...yg korang penyamun nie...harapkan air liur basi dan kenyataan pemimpin yg kenyang makan dedak jer....ko ingat rakyat nak percaya ker.......benteng2 keleptokrasi dan ilusi yg dibina oleh penyamun dah mula berkecai....ilmu pekak badak mereka sudah mula tak menjadi......disbbkan peluru berpandu tomaDOJ......'serangan' harus diteruskan sehingga penyamun2 lari bertaburan.....hihihihihi

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA