Sabtu, 17 Jun 2017

Skandal 1MDB: Peguam Negara patut baca sampai habis saman sivil DOJ sebelum beri komen

Teka-teki terbesar melibatkan ‘kehilangan’ berbilion ringgit dana awam yang dicuri dari 1MDB sekali lagi menggegarkan Putrajaya.
Ia berlaku apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil terbarunya mahu bertindak untuk merampas aset bernilai AS$540 juta yang dikaitkan dengan kecurian wang syarikat tersebut yang telah dibelanja secara mewah.
Tindakan DOJ itu telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika mengulas perkara itu bagaimanapun mengulangi jawapan sebelumnya, “Kami mendapati bahawa tidak ada jenayah dilakukan” dan tidak ada yang baru ditemui.
“Adakah Apandi telah meneliti ‘perenggan-perenggan panas’ dalam saman sivil terbaru DOJ untuk menyita aset 1MDB yang mempunyai kaitan dengan skandal derma RM2.6 bilion kepada 1MDB, dan jika sudah diteliti, mengapa dia berkata tiada yang baru?
“Saya merujuk kepada perenggan 339 hinga 348 dalam bahagian “AS$681 juta telah dipindahkan dari akaun Tanore kepada akaun yang dimiliki Malaysian Official 1,” kata ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya.
Dalam saman sivil terbaru itu, DOJ mendedahkan pihaknya mahu menyita aset dan hartanah mewah untuk mendapatkan semula AS$540 juta wang yang diselewengkan.
Ia termasuk lukisan dan hasil hak cipta dua filem Hollywood, “Dumb and Dumber Two” dan “Daddy’s Home” yang diterbitkan syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

2 ulasan:

  1. Jika AG yakin tiada bukti wang 1mdb disalah guna, tunggu apa lagi? Pergilah halang di mahkamah dunia tindakan doj menyita dan merampas harta² tersebut. Pergilah bersihkan nama malaysia.
    Aku yakin isu 1mdb akan dapat diselesaikan sekiranya najib berundur.

    BalasPadam
  2. Org putih kafir pun tak mau terima barang curi tapi org islam melayu yg puasa dan tarawih sebulan lahap sungguh makan harta curi.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA