Isnin, 5 Jun 2017

Skandal 1MDB: KWAP tidak bimbang bayaran balik pinjaman RM 4 bilion anak syarikat 1MDB


KWAP tidak bimbang bayaran balik pinjaman RM 4 bilion anak syarikat 1MDB
CEO KWAP Wan Kamaruzaman mengatakan yang KWAP tidak bimbang akan kemampuan SRC International membayar balik pinjaman RM4 bilion yang diberikan. 
KUMPULAN Dana Persaraan Penjawat Awam, KWAP, yakin pinjaman bernilai RM4 bilion yang diberikan kepada SRC International, anak syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) akan dibayar kembali.
Anak syarikat itu, masih membayar secara berkala faedah pinjaman kepada KWAP setiap enam bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.
SRC International dijadualkan akan mula membayar teras pinjaman itu September tahun ini, Wan Kamaruzaman memberitahu wartawan hari ini.
“Mereka masih membayar (pinjaman) jadi tiada masalah dan pinjaman itu dijamin kerajaan. Jadi kami tidak bimbang yang mereka (membayar) kerana mereka masih melakukan bayaran faedah pinjaman secara berkala setiap 6 bulan.
“Mereka akan mula membayar pinjaman teras tahun ini, September nanti,” kata Kamaruzaman selepas pelancaran pejabat baru KWAP bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB.

3 ulasan:

  1. CEO memanglah tak kisah, yg menjadi mangsa ialah org org pencen. Mungkin ada beberapa bantuan kemudahan org org pencen dikurang atau dihentikan.

    BalasPadam
  2. Org atas mana ada fikirkn golongan marhaen. Yg diorang tau, duit duit duit

    BalasPadam
  3. Tgk muka pun dah tahu.....spesies penyamun....,kuat mkn dedak....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA