Ahad, 18 Jun 2017

SKANDAL 1MDB: KENAPA TAK SAMAN DOJ? ADAKAH MUHYIDDIN YANG PERTAMA AKAN DISAMAN ROSMAH?


Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengarahkan peguamnya memantau media sosial untuk melihat kemungkinan wujudnya serangan dan tuduhan palsu terhadap beliau.

Peguamnya memberitahu, mereka memantau semua platform media sosial dan penerbitan lain untuk mengenalpasti catatan yang berunsur fitnah dan tidak berasas berkaitan Rosmah.

Tindakan Rosmah ini adalah susulan pemfailan terbaru Jabatan Kehakiman AS atau DOJ setebal 251 halaman dua hari lalu yang antara lain menyebut isteri Malaysian Official 1 turut dihadiahkan beberapa barangan kemas mewah yang berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan.
Dalam dokumen terbaru DOJ itu, isteri Malaysian Official 1 didakwa menerima barang kemas yang keseluruhannya berjumlah AS$28.6 juta atau kira-kira-kira RM128 juta.

Tidak disebut dengan pasti siapa isteri Malaysian Official 1 dalam dokumen DOJ itu, cuma Abdul Rahman pernah mengesahkan Malaysian Official 1 yang disebut dalam saman sivil kali pertama dulu tidak lain ialah Najib Razak.

Tetapi, Najib sendiri tidak pernah mengakui Malaysian Official 1 adalah dirinya.

Jadi, siapa yang mahu disaman oleh Rosmah?

Adakah pengguna media sosial yang menyebut nama Rosmah secara langsung atau mereka yang menulis isteri Malaysian Official 1 pun akan turut disaman juga?

Selain itu, kenapa penulis di media sosial saja yang mahu disamannya?

Tidakkah semua tulisan atau catatan di media sosial berkaitan dirinya yang menjadi perbualan ramai sekarang adalah berdasarkan dokumen DOJ?

Kenapa tidak DOJ  lebih dulu disaman jika Rosmah merasakan dirinya terganggu dengan laporan yang berunsur fitnah, tidak berasas, memburukkan nama atau menjejaskan reputasinya?

Lagi pula tanpa laporan DOJ yang mengaitkan nama Rosmah berdasarkan bukti dan hasil penyiasatan mereka untuk menjejaki ke mana perginya dana 1MDB yang dilencongkan, tentulah tidak mungkin sesiapa mahu menyebut namanya.
Dengan itu, DOJlah yang sepatutnya lebih dulu disaman oleh Rosmah berbanding mana-mana pemilik akaun media sosial di negara ini.

Dalam pada itu, terlanjur Rosmah sudah mengugut mahu menyaman, adakah tulisan atau kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin yang memintanya memulangkan barang kemas bernilai RM128 juta turut  tidak terlepas daripada tindakan saman beliau?

Mungkinkah Muhyiddin yang bermusuh dengan suaminya, Najib menjadi orang pertama disaman Rosmah?

Tetapi, jika menyaman Muhyiddin, bukankah ia dengan sendirinya bermakna Rosmah secara tidak langsung mengaku identiti isteri Malaysian Official 1 adalah dirinya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA