Rabu, 28 Jun 2017

Skandal 1MDB: Isteri MO1 digesa pulangkan barang kemas yang dibeli guna wang 1MDB


Isteri MO1 digesa pulangkan barang kemas yang dibeli guna wang 1MDB
Mereka yang didakwa terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah kata peguam Haniff Khatri Abdulla. 
ISTERI “Malaysian Official No. 1” (MO1) bertanggungjawab secara moral dan undang-undang untuk mengembalikan barang kemas yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dirompak daripada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata penggubal undang-undang dan peguam.
Dia perlu mengembalikan barang kemas kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) ketika saman sivil terbaru mendedahkan barangan itu dibeli menggunakan wang 1MDB.
Peguam Haniff Khatri Abdulla mencadangkan supaya isteri MO1 mengambil tindakan undang-undang kepada DoJ sekiranya dakwaan itu tidak benar.
“Tetapi sekiranya dia tidak mahu berbuat demikian, dia sepatutnya memulangkan kembali 28 barang kemas termasuk rantai loket berlian merah jambu 22 karat yang berharga AS$27.3 juta (RM121 juta) kepada pihak berkuasa AS supaya mereka boleh kembalikan balik kepada rakyat Malaysia.
“Kronologi peristiwa itu jelas menunjukkan wang itu datang daripada 1MDB, jadi ia wang rompakan, dan perkara yang sepatutnya dilakukan ialah memulangkannya kembali.
“Dia sekurang-kurangnya mempunyai tanggungjawab moral, dan yang pasti ada tanggungjawab undang-undang,” kata peguam yang mewakili bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes sivil itu.
MO1 dikenalpasti sebagai Perdana Menteri Najib Razak yang sudah menafikan wujudnya salah laku dalam skandal 1MDB. Peguam Negara Malaysia Mohamed Apandi Ali juga membebaskan Najib daripada semua salah laku susulan siasatan yang dilakukan ke atas skandal itu di negara ini.
Haniff menjelaskan, mereka yang salah didakwa di mana-mana tindakan mahkamah mempunyai hak untuk memohon mahkamah supaya masuk campur dan memohon supaya nama mereka dihapuskan daripada dokumen mahkamah.
Dalam kes ini, mereka yang didakwa terlibat boleh melantik peguam Amerika dan mencabar saman DoJ di mahkamah.
Pelakon Amerika Syarikat Leonardo DiCaprio dan model terkenal Australia Miranda Kerr yang menerima hadiah bernilai jutaan dolar daripada ahli perniagaan Malaysia Low Taek Sjo atau Jho Low sudah menyerahkan kembali hadiah diterima mereka kepada DoJ.
Haniff mendesak supaya isteri MO1 menjelaskan kepada rakyat Malaysia sekiranya Jho Low memberinya sebarang hadiah.
“Dia patut memaklumkan kepada rakyat sekiranya mana-mana barang kemas itu masih berada dengannya dan bila dia akan menyerahkannya kepada DoJ,” katanya.
Peguam dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata isteri MO1 juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa kerana kegagalan berbuat demikian boleh dianggap satu kesalahan.

“Aspek pertama kes ini ialah di dalam konteks jenayah. Apabila anda bercakap tentang jenayah ia adalah kesalahan kepada negara. Mereka yang terlibat perlu bekerjasama kerana kegagalan memberikan kerjasama apatah lagi menyembunyikan, menyekat bukti ialah satu kesalahan.
Dia juga menambah yang usaha mengesan aset yang dilakukan pihak berkuasa AS menunjukkan saman itu bukanlah saman sivil semata-mata.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen juga mendesak isteri MO1 untuk mengesahkan secara terbuka sekiranyanya dia ada menerima rantai berlian merah jambu mewah daripada Jho Low.
“Sekiranya dia mengesahkan ada menerima rantai itu, persoalan kedua ialah sama ada dia mengakui DoJ sebagai pihak berkuasa yang cekap dalam siasatan 1MDB.
“Jika dia mengakui DoJ, jadi dia perlu menyerahkan kembali rantai itu. Itu adalah prosedur undang-undang standard yang semua barang dibeli dengan duit rompakan perlu dikembalikan kepada pihak berkuasa, jika tidak, penerima boleh didakwa kerana penggubahan wang haram atau memiliki barangan rompakan,” katanya.
Khalid Samad daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pula mendesak individu terlibat supaya berterus-terang dalam perkara itu.
“Sudah disahkan DoJ yang dana digunakan tidak sah, jadi secara moralnya dia perlu kembalikan kepada rakyat Malaysia.
“Hakikat yang dia masih berdiam diri bermakna dia mengakui dan menyedari yang tindakannya salah,” katanya.

2 ulasan:

  1. DiCaprio dan miranda kerr betul2 tak tahu hadiah2 tu dibeli dgn wang curi. Yg beli rantai berlian, cuma mahkamah sj boleh tentukan sama ada dia tahu atau tidak. Bertuah klu tak tahu!?!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259 ATAU KLIK SITUS KAMI PESUGIHAN TAMPA TUMBAL NYATA

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA