Khamis, 1 Jun 2017

SKANDAL 1MDB & FITNAH LIWAT: SATU PERSATU TEMBELANG @NajibRazak TERBONGKAR



Sarawak Report akhirnya memilih mendedahkan kebenaran di bulan Ramadan, bulan yang mulia di sisi umat Islam.
Terbaharu, portal berita sensasi itu mendedahkan bagaimana peguam iblis laknatullah, Muhammad Shafee Abdullah menerima dedak RM9.5 Juta dari akaun peribadi Najib dari hasil wang rompakan dari #1MDB.
Tarikh 11 September 2013 adalah tarikh di mana Najib membayar dedak pertama sebanyak RM4,300,000 dari akaun peribadi AmBank bernombor 2112022011906 dan sekali lagi bayaran dibuat pada 17 Februari 2014 sebanyak RM5,200,000 juga melalui akaun sama.
Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari 2015 dan jelas konspirasi ini telah lama dirancang.
Akaun tersebut telah dikenal pasti sebagai akaun yang dibiayai menggunakan wang yang DICURI oleh Najib melalui anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang meminjam RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), wang pencen kakitangan awam!
Ironinya, penerimaan dedak tersebut KEBETULAN diproses pada tarikh semasa kes dan pendakwaan ke atas Anwar dilakukan selepas PRU 13 (5 Mei 2013) yang diambil alih secara tiba-tiba oleh Shafee.
Persoalan sekarang, dari mana agaknya wang sebanyak itu diperolehi dan ke mana pula wang itu mengalir selepas dikreditkan?
Apakah Shafee berani menjelaskan pada umum bahawa konspirasi ke atas Anwar sebenarnya didalangi oleh Najib bagi menjatuhkan karier politiknya?

6 ulasan:

  1. MasyaAllah besarnya dosa orang orang yang terlibat memenjarakan anwar selama 5 tahun ini.

    BalasPadam
  2. Allah akan membalas segala dosa yang puak2 yang mempertuhankan WANG untuk menganiayai Anwar. Tunggu dan lihat....

    BalasPadam
  3. Tapi kenapa saiful tak kena apa² pun lagi? Sihat dan ceria aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu saham akhirat DSAIlah tu.....insyaallah

      Padam
    2. Tapi kenapa Netanyahu Israel tu tak kena apa2 pun lagi?

      Dah berapa ramai umat Islam dibantainya.

      Sihat dan ceria je...

      Satu dunia umat Islam melaknat Netanyahu...

      Jadi jangan jadi bodoh sangat sampai tak tahu bahasa sindiran...

      Padam
  4. Jika ini betul dn sahih, mudahan mereka ini dilaknat oleh Allah kerana menganiayai org yg x berdosa.
    Tolong bg undi pd PH Bersatu pd PRU yg akn dtg..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA