Sabtu, 10 Jun 2017

Selepas PRU14, PAS mahu jadi penasihat kerajaan

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan kedudukan kerusi, PAS mempunyai suara untuk memberi nasihat dan menjadi pencatur penting kepada politik Malaysia.
ZuhdiPAS, yang sebelum ini mengumumkan mahu bertanding secara bersendirian tanpa menganggotai pakatan pembangkang, menyasarkan untuk menjadi “pencatur penting politik” selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan kedudukan kerusi, PAS mempunyai suara untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan.
“Dalam kedudukan yang disasarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PAS, kita tidak memerintah, cuma kita sasarkan memerintah di beberapa negeri.
“Tetapi PAS menyasarkan selepas PRU14, PAS menjadi pencatur penting kepada politik Malaysia.
“Dengan kedudukam faktor kerusi, kita mempunyai suara untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan,” kata beliau pada Munaqasyah Rakyat di sini, hari ini.
Dalam Muktamar PAS bulan lalu, mereka menyasarkan untuk menawan kembali 4 negeri iaitu Pahang, Terengganu, Selangor, Kedah dan mengekalkan kerajaan negeri Kelantan.
Zuhdi menegaskan, PAS mengambil pendekatan Islam untuk atasi masalah negara seperti integriti, moral dan perpaduan kaum yang rapuh.
“Kita jangka pendekatan ini akan diambil sehingga PRU15,” katanya.

4 ulasan:

  1. Mimpi lah kut mamat walaaun nih

    BalasPadam
  2. Jadilah pas apa pun lepas pru14 pas akan kalah teruk kerana bertanding bersendirian. Mana tarbiah ajaran islam supaya berjemaah.

    BalasPadam
  3. Mamat ni duduk kat planet mana nih? Tak berpijak dibumi nyata ni!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA