Sabtu, 3 Jun 2017

Selepas ditegur sultan, Sivarasa dihujani kecaman netizen

Selepas ditegur sultan, Sivarasa dihujani kecaman netizen
Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa kini berdepan kontroversi kerana didakwa memberi ceramah dalam masjid dan mengundang rasa tidak senang Sultan Selangor. 
AHLI Parlimen Subang R. Sivarasa tidak mendapat simpati daripada pengguna media sosial selepas menerima teguran daripada Sultan Selangor.
Beliau menerima banyak sindiran dan dimarahi kerana bersikap "biadab" mengabaikan perintah daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang ahli politik tanpa tauliah agama memberi ceramah di surau dan masjid.
Sivarasa daripada PKR diselar minggu lepas kerana menghadiri majlis penyerahan bantuan di Masjid An Nur, Kampung Melayu di kawasannya. Beliau didakwa memberi ucapan politik pada majlis itu dan mengundang kemurkaan Sultan.
Beliau kini turut berdepan satu lagi kontroversi: Kenyataan mengandungi namanya yang tular di media sosial di mana beliau didakwa berkata teguran daripada Sultan terlalu keras dan bertentangan dengan kebebasan bersuara.
Awal hari ini, Sivarasa membuat penafian di laman Facebook, tetapi kebanyakan pengguna media sosial sama ada tidak percaya kepadanya atau berpendapat beliau sengaja mengundang masalah sejak awal.
The Malaysian Insight cuba menghubungi Sivarasa tetapi ahli Parlimen itu tidak menjawab panggilan atau membalas pesanan teks.
Zambri Adom bertanya sama ada ahli Parlimen itu mabuk manakala Ayi Ke mengulas: "Sekarang mcm2 tektik dn teknik utk melepaskn diri...
Amy berkata: "Ayoyoooo...Sultan sudah murka baru nak nafi ka?...semalam apa u bikin?.. Sultan sudah murka ....elok letak jawatan la.
"Tq untuk penjelasan anda, saya berkira-kira membeli telur busuk untuk melontar anda kerana berlagak biadab," kata MohdHussin Abugau.
Dalam komen seterusnya, pengguna Facebook berkata, beliau secara peribadi berpendapat ahli Parlimen perlu lebih bijak di masa akan datang.
"... semua publisiti buruk ini masih publisiti, dan sebagai seorang ahli politik saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana ketabahan menggunakan apa juga publisiti demi keuntungan politik.
"Tetapi demi tuhan, fikirkan rakyat dan kesan permainan kecil anda kepada mereka tuan. Ini adalah permintaan saya kepada anda, tuan," tulis MohdHussin Abugau.
Kenneth Wong juga berasa Sivarasa "menimbulkan masalah tidak sepatutnya" dan berpendapat beliau "lebih bijak daripada itu".
Seorang lagi pengguna Facebook, Tengku Mustapah Tengku Tahir berkata Sivarasa perlu pergi ke masjid itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka di luar. Mudah tetapi sukar untuk dilakukan, katanya.

Rahimah Lasa menulis: "Aya lain kali hati2 jangan jadikan perkara yang boleh menimbulKan kemarahan... manusia biasa saja akan buat silap oookk.
Bob Hashim berkata malah presiden PAS juga pernah ditegur sultan kerana berpolitik di masjid, jadi Sivarasa juga perlu memahami masjid bukan tempat untuk politik.
Sesetengah pengguna Facebook juga menggunakan kata-kata penghinaan dalam komen mereka. Roslan Ambri menulis: "Poodah. Dah tersepit mula la buat alasan.
Berbanding jumlah pengkritik, hanya beberapa sahaja menyebelahi Sivarasa.
Azhar Ya berkata Sivarasa hanya perlu menyaman pihak tidak bertanggungjawab manakala Jamal Azrul mengutuk mereka yang di belakang mesej palsu yang tersebar.
Beliau berkata: "Org yg buat fitnah....celaka la org tu.
Nik Hamri juga mengutuk mereka yang membuat kenyataan palsu dan berkata walaupun pada Ramadan, terdapat orang berbuat jahat dan tidak memikirkan tentang akhirat.
"Kantoi nak fitnah, tp tak daftar dulu. Bulan posa pun nk buat keje jahat, jenis tak ingat mati."
Tindak balas yang sama dilihat daripada pengguna media sosial mengenai laporan berita Sultan Selangor mendapati Sivarasa melangkaui sempadan dan mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat.
Ramai pembaca Utusan Online bersetuju dengan Sultan Selangor yang Sivarasa mesti menerima akibatnya.
"Sivarasa adalah seorang ahli politik yang mengambil kesempatan untuk berpolitik di mana sahaja jika ada kesempatan," ulas Yaacob Abghani.
Beliau juga menyelar jawatankuasa masjid di Kampung Melayu kerana memberi peluang ahli Parlimen pembangkang bercakap di dalam masjid, menyeru Jais mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa dengan membidas menembak ahlinya.
"Jika ada di antara mereka penjawat kerajaan negeri Selangor kenakan tindakan discipline kerana engkar mendukung titah perintah Sultan."
Din Bai juga berkata pihak yang membenarkan Sivarasa masuk ke dalam masjid juga perlu dipanggil kerana gagal menghormati rumah Allah.
Rosly Rosly juga berkata jawatankuasa masjid perlu dipersalahkan, bukan ahli Parlimen kerana mereka hanya mahu menjaga poket mereka.
Sivarasa menafikan melakukan sebarang kesalahan semasa lawatan ke Masjid An Nur di Kampung Melayu pada Rabu dan menegaskan beliau tidak membuat sebarang ucapan politik ketika berada di dalam masjid.

2 ulasan:

  1. SR dakwa Safiee terima 9.5 juta duit SRC taknak komen ker?

    BalasPadam
  2. Adakah Islam ajar kita putuskan org bersalah sebelum dibicara? Bicarakan dia dulu dgn seadil2nya, bukti rakaman video mesti ada. Kemudian baru putuskan salah atau tidak. Jgn jatuhkan maruah islam

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA