Sabtu, 24 Jun 2017

SELAMAT HARI RAYA

Di kesempatan ini, wargakerja Rakyat Marhaen ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan penjenguk blog ini, juga kepada seluruh umat Islam di mana juga berada.

Setelah sebulan berpuasa, Hari Raya adalah hari kemenangan dan ruang untuk kita saling bermaaf-maafan.

Namun, dalam konteks Malaysia, di sebalik Hari Raya dan bermaaf-maafan, ia sama-sekali tidak harus mengubah keinginan kita untuk terus berjuang melakukan perubahan kepada negara.

Daripada demokrasi bertukar menjadi kleptokrasi adalah titik hitam yang sangat memalukan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memulihkannya semula.

Jika tidak dipulihkan, titik hitam itu akan terus membesar dan membesar sehingga akhirnya menggelapkan masa depan kita serta generasi seterusnya.

Bergembiralah bersama keluarga, jiran dan kawan-kawan sempena Hari Raya ini, tetapi agenda lebih besar iaitu melakukan perubahan, jangan sesekali diabaikan.

Akhirnya, semoga Tuhan sentiasa merahmati niat murni kita dan dalam masa yang sama memberi kesempitan kepada semua makhluk perosak dan penipu wang rakyat yang selalu merasakan melakukan penipuan adalah suatu kebanggaan.

Makhluk perosak dan penipu wang rakyat mesti ditentang sehingga ke garisan kemenangan.

1 ulasan:

  1. YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG, YA ALLAH YANG MAHA BERKUASA , SEMPENA DENGAN SATU SYAWAL HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM BUKAKAN LAH HATI ORANG YANG BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YANG MELAKUKAN KLEPTOKRASI SUPAYA MENUKAR HALUAN MEREKA UNTUK BERSAMA SAMA DENGAN PEJUANG PEJUANG YANG BERUSAHA UNTUK MENAMATKAN PENGUASAAN MAKHLUK PEROSAK DAN PENIPU WANG RAKYAT AGAR DEMOKRASI DAN EKONOMI MALAYSIA DAPAT DIPULIHKAN SEMUGA RAKYAT TIDAK TERUS MENDERITA DENGAN KEPERITAN HIDUP DAN SEMUGA RAKYAT HIDUP DENGAN AMAN SEJAHTERA, AMIIN

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA