Khamis, 22 Jun 2017

Sangsi, sejarah pegang kunci terakhir teka teki PH


Sangsi, sejarah pegang kunci terakhir teka teki PH  
Walaupun DAP, Bersatu dan Amanah sudah bersetuju Dr Mahathir melangkah masuk ke PRU14, tetapi ada satu bahagian dalam PKR yang tidak mahu Dr Mahathir mengambil alih gabungan itu.
IA mungkin kepingan terakhir dalam susun suai gambar Pakatan Harapan (PH), tetapi ia tetap menjadi yang paling sukar iaitu siapa patut mengetuai pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?
Kunci kepada dilema PH ini berkisar kepada Dr Mahathir Mohamad, 91, bekas perdana menteri yang meletak jawatan 14 tahun lalu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight walaupun DAP, Bersatu dan Amanah sudah bersetuju yang Dr Mahathir akan menjadi “wajah PH” melangkah masuk ke PRU14, tetapi ada satu bahagian dalam PKR yang tidak mahu Dr Mahathir mengambil alih gabungan itu.
“Tiga parti sudah bersetuju untuk Dr Mahathir memainkan peranan lebih penting, tetapi kami tersekat,” kata sumber.
Sumber PH itu berkata tiga parti itu bersetuju dengan cadangan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin supaya Dr Mahathir patut menjadi pengerusi majlis presiden PH sementara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail presiden gabungan pembangkang.
“Muhyiddin yang cadangkan kompromi itu,” kata sumber, menambah dalam barisan itu, Anwar Ibrahim akan menjadi ketua umum PH.
Barisan itu sepatutnya dimuktamadkan pada mesyuarat majlis presiden PH dua minggu lalu tetapi ia terhenti selepas menerima nota daripada Anwar.
Dr Wan Azizah memberitahu wartawan selepas mesyuarat itu yang senarai akhir akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) Jumaat lalu. PH masih tidak memenuhi tarikh akhirnya itu kerana masih tidak mencapai kata sepakat berhubung peranan Dr Mahathir.
Parti berpecah
Perkara utamanya ialah sebuah parti yang berpecah, kata sumber dalaman PH.
“Awalnya, Anwar ada sedikit kebimbangan mengenai Dr Mahathir. Tetapi itu selesai selepas beliau bertemu pemimpin Amanah, Mohamad Sabu dan Husam Musa pada 13 Jun dan beritahu mereka beliau menyerahkan perkara itu kepada biro politik PKR untuk membuat keputusan,” katanya.
Dalam satu kenyataan yang jarang berlaku pada 17 Jun, Anwar berkata beliau memilih untuk menarik diri daripada senarai calon perdana menteri.
“Tetapi isu siapa yang akan mengetuai PH masih ada, kerana partinya tetap berbahagi mengenai perkara itu.

“Parti itu terbahagi antara mereka yang takutkan legasi Anwar akan diambil alih Dr Mahathir dan mereka yang masih tidak percaya kepada bekas perdana menteri itu.
“Itu sebabnya Muhyiddin cadangkan Anwar jadi ketua umum,” kata sumber.
Dalam satu temu bual dengan Channel News Asia awal minggu ini, Dr Mahathir mengakui peranannya yang menyebabkan pendaftaran PH tergendala.
“(Saya fikir ada antara mereka) bimbang, mereka sangsi, mereka merasakan saya masih mahu berkuasa, (dan) merampas parti mereka,” katanya.Mampukah mereka selesaikan perkara itu?
Sumber lain memberitahu The Malaysian Insight semalam yang mereka sedar keperluan untuk menamakan calon perdana menteri sebelum PRU.
“Kami perlu ada seorang lagi ikon mengetuai PH sama seperti Barisan Nasional ada Najib Razak. Desakan ini semakin kuat sejak beberapa minggu ini,” katanya.
“Tetapi itu tidak bermakna kami perlu menolak Anwar. Dr Mahathir ada kekuatannya dan begitu juga Anwar. Tetapi untuk alasan praktikal, hanya seorang boleh menjadi ketua pada masa ini,” katanya.
Sebahagian ketua persatuan sivil menyuarakan kekecewaan mereka terhadap ketidakmampuan PH menamakan calon perdana menteri.
Dalam sidang pengarang pada 4 Jun, Utusan Malaysia akhbar milik Umno berkata PH memalukan kerana tidak dapat menamakan ketua utama untuk gabungan mereka.
Semua sumber parti bersetuju PH perlu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. “Kalau tidak, semua orang akan rugi,” kata sumber.

1 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
    ATAU KLIK DISINI

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA