Ahad, 11 Jun 2017

Samseng politik usir Pakatan Harapan dari bazar Ramadan

Aktiviti mengedar kurma dan ramah mesra dengan pengunjung bazaar dihalang sekumpulan pemuda.
Pemuda-usir-PakatanSekumpulan pemuda dirakam menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma di bazar Ramadan di Kluang, Johor hari ini.
Berdasarkan rakaman video yang diterima FMT, kumpulan itu cuba menghalang Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Umar Ali serta pasukan mereka memasuki bahagian tertentu bazar.
Menurut Sheikh Umar, aktiviti mengedar kurma dan ramah mesra dengan pengunjung bazar berjalan lancar dengan kerjasama urusetia yang menguruskan bahagian gerai menjual makanan dan kuih-muih.
Tahun 2014 Tanya Surat...!!!
“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian…Kami dimaki, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.
“Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Sheikh Umar mendakwa salah seorang pemuda terbabit pernah menghalang mereka memasuki bazar di bandar Kluang pada 2014.
Sheikh Umar dilihat cuba menenangkan keadaan ditengah-tengah provokasi kumpulan itu. Mereka juga seperti mengancam memecahkan kamera pengunjung yang merakam kejadian itu.
“Bulan Ramadhan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” katanya.
Sementara itu, Liew, Sheikh Omar dan seorang ahli PPBM Radzali Mohd Noor membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kluang 10.00 malam tadi.
Tahun 2017 Dah Jadi Imam Pulak..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA