Isnin, 5 Jun 2017

SAMPAI BILA NAJIB BOLEH TERUS MEMBISU?

Semakin hari semakin banyak desakan agar Najib Razak tampil menjelaskan mengenai bayaran sebanyak RM9.5 juta daripada akaun bank peribadinya kepada peguam Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat 2 membabitkan Anwar Ibrahim.

Selain kenyataan demi kenyataan oleh pemimpin politik, laporan polis mengenai perkara itu turut  bertambah hari demi hari.

Malangnya, sementara Najib sebagai pemberi dan Shafee sebagai penerima terus diam membisu, agensi-agensi penguatkuasa seperti polis, SPRM, Bank Negara dan LHDN pun turut membisu sama.

Bagi Najib, jika dakwaan Sarawak Report itu tidak benar dan palsu, mengapa setelah menjangkau hari kelima sejak pendedahan itu dibuat, beliau masih lagi mendiamkan diri sedangkan ia hanya memerlukan jawapan mudah  "ya" atau "tidak" saja daripadanya?

Bagi Shafee pula, sebagai peguam kanan yang terkenal, kenapa beliau masih senyap tanpa sebarang reaksi sedangkan lebih senang baginya mengeluarkan  surat saman jika didapati dakwaan Sarawak Report itu tidak benar atau berupa fitnah semata-mata?

Bagi Bank Negara, adakah mereka tahu mengenai pembayaran yang dibuat daripada akaun peribadi Najib kepada Shafee pada September 2013 dan Februari 2014 itu?

Bagi LHDN, adakah cukai telah dibayar berkenaan wang tersebut dan jika tiada cukai dikenakan, apakah pula sebab-sebabnya?

Bagi polis dan SPRM, adakah pembayaran itu dalam pengetahuan dan penyiasatan mereka sebelum ini dan setelah ia terdedah sekarang ini serta disusuli dengan banyak laporan polis mengenainya, adakah mereka sedia melakukan siasatan semula?

Tetapi, kenapa semua pihak masih mendiamkan diri?

Adakah diamnya Najib dan Shafee kerana mereka sedang berfikir dan berbincang untuk mencari jawapan yang paling munasabah untuk diberitahu kepada orangramai?

Atau Najib sebenarnya lebih berharap isu ini akan mati dengan sendirinya melalui peredaran masa atau jika muncul isu lain yang lebih besar?

Apakah selagi Najib membisu, maka agensi-agensi penguatkuasa juga tidak berani berkata apa-apa?

Jika Najib memilih untuk terus membisu, sampai bila beliau boleh melakukannya?

Sehingga ini hanya Nazri Aziz, satu-satunya pemimpin UMNO yang tampil menolak dan tidak percaya bayaran yang dibuat oleh Najib kepada Shafee itu. 

Tetapi, adakah kata-kata Nazri boleh dipercayai atau beliau tahu semua perkara berkaitan Najib?

Selebihnya, kenapa semua pemimpin UMNO dan kerajaan juga diam membisu?

Apakah pilihan yang ada pada rakyat jika Najib dan semua yang lain tidak tampil dengan jawapan sampai ke akhirnya?

Sediakah kita menerima pemimpin yang bisu untuk terus mengetuai dan memimpin negara ini?

Kecuali jika kita tidak sama-sama bisu atau perut sesak dengan dedak, jawapannya pasti sudah ada dalam hati setiap  kita.

10 ulasan:

  1. Jika cobaan SR kali ini tak berjaya memerangkap najib, aku rasa SR akan keluarkan dakwaan yg lebih obvious di masa datang. SR ada bnyk lagi rahsia pm krn ramai pihak dalaman yg tak suka pm memberi input.

    BalasPadam
  2. Berapa pula Anwar bayar pakar forensik Jerman Mr. David?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Reaksi bodoh dari penyokong bodoh yg kenyang mkn dedak....ko pulak nk buat fitnah....mana buktinyer....diam najib dan shafie adalah sbb terkejut dan tersentak dan diam2 sedang mereka fitnah baru.....

      Padam
    2. These allegations were typically started by Sarawak Report and then picked up by Malaysiakini and then by Pakatan politicians.

      At the same time, WSJ and Sarawak Report had also alleged that Najib returned most of the RM2.6 billion which they claim is from 1MDB and subsequently closed down the account on 30 Aug 2013.

      Hello… Pakatan alleges that 1MDB money returned and account closed on 30 April 2013.

      Now you claim that payments to TS Shafee made on Sept 2013 and Feb 2014 is money from 1MDB?

      Mana sekolah? Money returned, account closed and then months later can still claim money is from 1MDB?

      Also, it has been stated many times that Najib’s personal account is used for UMNO purposes.

      As for Anwar’s case, payments to Shafee is completely irrelevant as the decision in both the court of appeal in the year 2014 and the Federal Court’s final decision in 2015 are due to the 8 judges who listened to the evidence, deliberated and unanimously agreed that Anwar is guilty.

      Padam
    3. But, to the DAP Chinese, there is only one reason why you do not support DAP or the DAP-led Pakatan Harapan. And that reason is you are being fed dedak.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Shafee’s job is the prosecutor. It is HIS job to ensure he presents the best case in court to ensue the prosecutor gets a guilty verdict.

    The simple question of how come Anwar’s sperm is in the possession of the police is still not answered by Pakatan. He leaves his sperm everywhere for people to pick up?

    And what happened to the 12 witnesses that you claim you had to prove Anwar is innocent?

    Also, TS Shafee CANNOT confirm or agree any payments, or for that matter, any transactions with his client without getting disbarred.

    This is the attorney-client privilege that he must respect.

    For many years, you all also allege that TS Shafee has been an UMNO lawyer who had handled many cases on behalf of UMNO and UMNO politicians.

    So, what is the problem of UMNO paying for the services of an UMNO lawyer?

    Has Anwar or Pakatan or Lim Guan Eng ever divulged how much they had paid their lawyers in their many-many court cases and challenges over the years? No.

    Dulu kata Najib songlap wang RM2.6b dan wang SRC masuk poket sendiri.

    Kini mereka dakwa Najib tak masuk poket sendiri tetapi digunakan untuk bayar pelbagai ahli politik, syarikat media, Sultan Pahang, caj peguam dan NGO pulak?

    Bukan songlap masuk poket sendiri lagi ke?

    Please make up your mind.

    BalasPadam
  4. lembu2 dah mula masuk dah.....dah lah bangang mcm sundal.....berak kencing pulak kat sini......ko tu bodoh sgt...mcm PASPISPUS...percaya sgt kat kaki penipu muka selamber dan penyokong2nyer.....masalahnyer org suruh buktikan apa yg tuduhan Sarawak Report tak benar......tapi knp penipu muka selamber yg pakar menipu.....diam mebisu pulok......dan yg ko pulak johan meroyan....pergi kesana...kesini mcm org giler jer.......apa hal....bodoh ker...bangang ker....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni namanya bodoh bertingkat bro....hahahahha baik n buruk pun mamat ni tak tau nak bezakan....halussss

      Padam
  5. Seperti sudah tidak ada hujah lain, sekali lagi Pakatan mengitar semula isu 1MDB dan SRC. Cuma kali ini lebih 'menarik' apabila cuba mengaitkan Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim yang kemudian menyaksikan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati, Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan tersebut.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA