Jumaat, 30 Jun 2017

Saman Sarawak Report tidak semudah Daily Mirror, pesan Hanipa pada Pas


Daily Mirror
Para pemimpin Pas diingatkan supaya tidak memandang remeh saman parti itu terhadap Sarawak Report kerana ia tidak semudah kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap akhbar Daily Mirror.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin berkata, kes saman Abdul Hadi terhadap akhbar Daily Mirror 'terlalu jelas, terang dan nyata' berbanding kes saman Sarawak Report.
"Menang kes tu (Daily Mirror) tak semesti menang kes sekarang ni(Sarawak Report)... Kes tu terlalu jelas, terang dan nyata. Kes sekarang ni tak lah seterang, sejelas dan senyata kes itu...," jelas beliau.
Hanipa yang mewakili presiden Pas dalam saman terhadap Daily Mirror menjelaskan, akhbar berkenaan menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah sebaik menerima notis peguam dan Abdul Hadi tidak perlu memberi keterangan di mahkamah.
Bagaimanapun tambah beliau, kes membabitkan Sarawak Report mungkin akan dibicarakan dan presiden Pas besar kemungkinan akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan disoal balas dengan panjang dan agresif daripada peguam Sarawak Report.
Hanipa mengulas kenyataan seorang pemimpin Pas negeri kepada Malaysiakini yang yakin parti itu akan menang dalam kes saman Sarawak Report seperti mana kes saman akhbar Daily Mirror.
Hanipa yang kini Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Amanah bagaimanapun mengucapkan 'selamat berjaya' kepada Pas dalam kes di mahkamah London itu.

3 ulasan:

  1. Jika PAS nak saman SR pun kena minta derma drpd ahli. Baik tak payah saman lah, berserah saja kpd Allah.
    Lebih baik wang derma itu di sedekahkan kpd ahli dan penyokong PAS yg dhoif. Ada jugak faedahnya.

    BalasPadam
  2. Saman jelah kalau berani. Selama ni cakap berdegar2. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

    Saya cadangkan saman Husam dan Rafizi dulu. Dekat sikit. Takkan dengan Rafizi dan Husam pun takut kot???

    Janganlah begitu, nanti orang panggil Hadi sotong pondan!!!

    BalasPadam
  3. Hadi bg gempak je...duit yg dikutip tu eloknya byr yuran penyertaan pru14.
    Untung sabut, timbul...
    SR dh cukup bukti....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA