Jumaat, 9 Jun 2017

RM9.5 Juta: IGP patutnya ada dokumen yang sama, dakwa S'wak Report

Sebagai anggota peringkat tinggi pasukan petugas khas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya memiliki dokumen sama yang dipetik Sarawak Report, dakwa editornya Clare Rewcastle-Brown.
"Saya perlu nyatakan, secara realitinya, tiada apa-apa yang dapat kongsikan dengan IGP kerana tiada apa yang belum diketahuinya.
"Dokumen-dokumen pasti telah berada mejanya dan beliau seharusnya mempunyai salinan walaupun membuat keputusan...untuk menutup siasatan," katanya kepada Malaysiakini dalam e-mel.
Rewcastle-Brown mengulas kenyataan Khalid, pagi ini yang mahu beliau datang ke Malaysia untuk membantu polis dalam menyiasat dakwaan Sarawak Report mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
Khalid mahu Rewcastle-Brown membantu dalam menyediakan polis dengan bukti dan dokumen sokongan.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Sarawak Report dan cubaan berulang kali untuk mendapatkan komen daripada Muhammad Shafee dan pegawai Najib menjadi sia-sia, setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA