Jumaat, 23 Jun 2017

RM50K: Jangan salahkan kami, kata MP Umno kepada Dr M

Seorang ahli parlimen Umno menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ahli sayap pemuda Parti Pribumi Malaysia Bersatu (BERSATU) ditawarkan sehingga RM50,000 untuk meninggalkan parti itu dan menandatangani dokumen berikrar untuk mengundi BN dalam pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap berkata adalah lebih baik bagi Umno menggunakan sendiri wang itu.
"Adalah lebih baik untuk menggunakan RM50,000 itu untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya dan dan meminta lebih banyak orang menyertai Umno," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Anuar, masalah dengan BERSATU ialah ia dianggotai mereka yang kecewa, atau sepertimana Umno mengistilahkan mereka sebagai "orang rosak".
Tuduhan Mahathir itu dibuat selepas dua exco Pemuda BERSATU, mempersoalkan kekayaan anak bekas mantan perdana menteri itu dan dakwaan hubungan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Sementara itu, Annuar juga mengkritik Mahathir, yang merupakan pengerusi BERSATU, kerana mendakwa pemerintah darurat mungkin diisytiharkan jika BN kalah tipis dalam pilihan raya akan datang.
Menyifatkan ini sebagai satu tuduhan liar, Annuar berkata: "Tidak kira sama ada kalah tipis atau sebaliknya, jika pembangkang menang, merekalah yang akan mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat, bukan kami."
"Ini tidak masuk akal," katanya.
Dalam satu catatan di blog beliau semalam, Mahathir mendakwa jika pembangkang menang tipis, keputusan itu mungkin diisytiharkan batal dan tidak sah.
"Sama ada itu ataupun kerajaan enggan mengakui mereka kalah. Pembangkang akan dituduh menipu.
"Tidak ada bukti yang diperlukan untuk kerajaan mengisytiharkan demikian. Pembuli BN akan bersedia mewujudkan ketidakstabilan.
"Atas dasar ini, mungkin pemerintah darurat diisytiharkan dan Parlimen akan digantung," kata Dr Mahathir dalam catatan di blog.

1 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA