Jumaat, 23 Jun 2017

RCI forex hanya politik, siasatan 1MDB sengaja diabaikan

MEREKA mungkin bukan semuanya peminat Dr Mahathir Mohamad tetapi pemimpin belia kini mempertahankan bekas perdana menteri itu dan mendakwa Putrajaya melakukan pendakwaan terpilih dengan membuka semula siasatan kerugian forex yang berlaku lebih 20 tahun lalu tetapi mengabaikan skandal 1MDB.
Mereka percaya pentadbiran Najib sedar yang Dr Mahathir menjadi ancaman, dan mengambil langkah ini untuk mengelirukan penyokong Pakatan Harapan (PH).
Pemimpin beliau memberitahu The Malaysian Insight yang pengumuman Putrajaya mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian forex Bank Negara itu hanya untuk mengalih perhatian daripada isu 1MDB susulan pendedahan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS berbilion ringgi dicuri daripada syarikat pelaburan negara itu.
Aktivis pelajar Adam Adli berkata beliau tidak terkejut bila Putrajaya memilih untuk bertindak terhadap kes kerugian forex berbanding 1MDB, kerana Perdana Menteri Najib Razak “tidak mahu gali kubur sendiri” dengan mengarahkan siasatan terhadap 1MDB.
“Apa pun yang kerajaan buat sekarang (RCI), ia bukan untuk betulkan keadaan. Apa yang RCI boleh buat terhadap kes lama seperti ini?
“Ia hanya kenyataan politik Najib terhadap Dr Mahathir, dan juga untuk mengelirukan pembangkang serta penyokong mereka. RCI itu alat politik Najib,” kata Adam kepada The Malaysian Insight.
Ketua Biro Strategi Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany) Ho Chi Yang berkata menggali kes yang sudah lebih dua dekad usianya, hanya menunjukkan rasa tidak ikhlas kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Skandal membabitkan pemimpin tertinggi negara tidak diendahkan,” katanya, menambah tindakan itu hanya untuk mengalih perhatian rakyat dan permainan untuk merendahkan pembangkang.
“Satu-satunya cara untuk kerajaan menunjukkan keikhlasan dalam memerangi rasuah ialah dengan menyiasat kedua-dua kes.”
Pelajar UM Anis Syafiqah Mohd Yusof berkata skandal 1MDB sedang disiasat di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Hong Kong.
Katanya, memang ketara RCI terbaru itu didorong unsur politik dan hanya dijalankan selepas 23 tahun.
“Dan selagi Dr Mahathir sedia untuk disiasat, kita patut sokong RCI ini, tetapi kerajaan juga perlu ditekan supaya menyiasat 1MDB,” katanya.
Setiausaha Agung kumpulan Challenger Jean Vaneisha Ravindran juga bersetuju dengan Anis dan berkata siasatan itu sepatutnya sudah dijalankan sejak lama dulu.

“Skandal 1MDB sedang berlaku dengan skala lebih besar yang membabitkan rampasan aset dari beberapa negara. Aset itu dibeli menggunakan wang kita, untuk kegunaan peribadi,” katanya.
Aktivis pelajar Asheeq Ali dari Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil pendirian sedikit berbeza apabila menyalahkan Dr Mahathir kerana “memulakan semua masalah itu”.
Katanya, walaupun kerajaan hipokrit apabila menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian forex, dan mengabaikan skandal 1MDB, pakatan pembangkang juga perlu berhati-hati dengan Dr Mahathir, yang memulakan semua masalah itu.
“Dia dari BN. Saya tidak akan terpengaruh oleh dapatan RCI tetapi saya fikir pembangkang patut tahu cara bagaimana berurusan dengan Dr Mahathir dan kroninya,” kata Asheeq.
Adam berkata serangan kerajaan itu bukan hanya untuk Dr Mahathir tetapi ditujukan kepada keseluruhan pemimpin Pakatan.
“Dr Mahathir masih lagi ancaman terhadap Najib. Apa yang lebih dibimbangkan ialah bagaimana pemimpin Pakatan yang lain berdepan dengan keadaan ini.
“Dr Mahathir lebih kuat hari ini kerana beliau berjaya mendapatkan sokongan Pakatan.
“Jadi dengan mendedahkan Dr Mahathir menerusi RCI, Umno secara asasnya tanya Pakatan: ‘Anda tidak kisah dengan orang yang melakukan rasuah ini?’,” katanya.

3 ulasan:

  1. Yes i think so. It is politically motivated. Nobody is excited with it anymore.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
      Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
      Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
      Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
      Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
      Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
      ATAU KLIK DISINI

      Padam
  2. Yes i think so. It is politically motivated. Nobody is excited with it anymore.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA