Khamis, 22 Jun 2017

RCI cubaan cemar reputasi Dr Mahathir, kata pemimpin Pakatan Harapan


RCI cubaan cemar reputasi Dr Mahathir, kata pemimpin Pakatan Harapan
Pemimpin pembangkang yakin penubuhan RCI sebagai satu cara mengenakan Dr Mahathir Mohamad untuk meninggalkan Bersatu tanpa pemimin demi manfaat Umno dan Presiden Najib Razak.
SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) terbaru yang ditubuhkan Putrajaya hanyalah cubaan untuk mencemar reputasi Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi sebahagian daripada gabungan parti pembangkan, kata pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Mereka berkata, ia hampir tidak munasabah yang Putrajaya sedang cuba membongkar perkara yang berlaku hampir tiga dekad lalu, tetapi mengabaikan perkara lebih besar – skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Ia adalah usaha memburu, disulami dendam terhadap Dr Mahathir. Apa yang kita perlukan ialah RCI terhadap 1MDB untuk membongkar penyalahgunaan dana kerajaan bagi kegunaan peribadi," kata Ahli Parlimen Klang DAP Charles Santiago.
"Skrip RCI boleh melibatkan pendakwaan dikenakan ke atas Dr Mahathir, dengan cara ini, Bersatu akan ditinggalkan tanpa pemimpin. Keputusan ini hanya akan memberi manfaat kepada Umno dan khususnya Presiden Najib Razak."
Dr Mahathir adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti terbaru yang menyertai gabungan pembangkang yang juga terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.
RCI diumumkan oleh pentadbiran Najib semalam selepas menerima laporan daripada pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat spekulasi mata wang Bank Negara Malaysia antara tahun 1989 dan 1992 yang menimbulkan kerugian besar-besaran.
Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insight bahawa RCI juga akan menentukan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah dalam kerugian pertukaran asing yang dialami negara.
Santiago menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian untuk mendapatkan kembali wang yang hilang melalui skandal 1MDB kerana saman Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah memulakan saman pencabutan mereka yang bertujuan untuk mendapatkan wang yang dicuri daripada 1MDB.
Ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun beliau bersetuju bahawa tidak ada jenayah yang tidak boleh dihukum, beliau menambah, adalah salah bagi RCI untuk dipilih secara selektif untuk membunuh lawan politik.
"Kenapa tidak ada RCI untuk kes kleptokrasi terbesar, 1MDB?" Soalnya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, persepsi orang ramai ialah ia kes penganiayaan terpilih terutama kerana mereka yang disasarkan kini menjadi sebahagian daripada PH.
Pada masa sama, terma rujukan RCI adalah penting untuk menentukan sama ada kerajaan ikhlas memdapatkan kebenaran, katanya.

"Kita mempunyai banyak RCI sebelum ini seperti yang berlaku dalam kes VK Lingam (mengenai pelantikan hakim). Namun selepas RCI, tiada tindakan undang-undang apabila terdapat dakwaan jelas penetapan pelantikan hakim."
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan perlunya RCI forex yang berlaku 25 tahun lalu.
Langkah Putrajaya ini seolah-olah usaha untuk menutup skandal lebih besar, iaitu 1MDB dan Felda.
"Ini adalah cubaan terdesak untuk mengalih perhatian perhatian. Saya tidak mengatakan ini untuk melindungi Dr Mahathir. Apa yang saya katakan adalah rakyat akan mengalu-alukan RCI forex, tetapi mesti ada RCI untuk yang lain juga," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata sungguhpun menyokong RCI mengenai setiap isu utama, tumpuan terhadap perkara yang berlaku lebih dua dekad lalu adalah bodoh sedangkan terdapat masalah lebih besar.
"Perbandingannya terlalu besar, jadi semua orang ketawa," kata Liew yang merupakan pengarah pendidikan politik DAP.

1 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
    ATAU KLIK DISINI

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA