Jumaat, 9 Jun 2017

PRU14: Tak perlu bekerjasama dengan BERSIH sembang SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah menolak keperluan untuk bekerjasama dengan pemantau pilihan raya, BERSIH buat masa ini.
Beliau berkata, ini kerana anggota dan pegawai SPR telah dihantar ke luar negara untuk belajar tentang proses pilihan raya di negara-negara lain, dan oleh itu memiliki pengalaman mencukupi untuk mengendalikan pilihan raya di Malaysia.
"Kami menghantar panel pilihan raya kami ke luar negara, mereka ke sana (luar negara) untuk meneliti dan belajar. Kami akan melaksanakan (amalan diperhatikan luar negara) yang baik,” katanya.
Hashim juga berkata SPR tidak terlibat atau terikat dengan mana-mana NGO lain.
"Apabila tiba masanya dan (apabila) perlu, maka kita akan berbincang," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam wawancara dengan akhbar Oriental Daily awal minggu ini, Hashim berkata SPR tidak akan bekerjasama dengan BERSIH kerana ia adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan.
Walau bagaimanapun, BERSIH kemudian mengingatkan pengerusi SPR itu bahawa ia adalah entiti yang sah, dan menekankan keperluan untuk suruhanjaya itu untuk bekerjasama dengan badan pemantau itu bagi membendung penyelewengan pilihan raya.

2 ulasan:

  1. Mmg tak perlu kerjasama dgn BERSIH, jika spr buat kerja telus dan bersih spt yg dikehendaki Allah

    BalasPadam
  2. BERSIH tak haram...sbb dia adalah pertubunan yg sah dan berdaftar....SPR yg haramjadah....yg selalu membuat suatu langkah dan cara2 yg haram...utk memenangkan kumpulan penjenayah umno/bn ...mungkin byk dedak2 yg terima mereka....dari pertubuhan penjenayah2 umno/bn ni.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA