Isnin, 5 Jun 2017

PRU14: Pakatan Harapan akan tentukan siapa PM, kata Anwar

PETALING JAYA: Calon perdana menteri Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 menjadi perbualan kebelakangan ini, tetapi bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia perlu diputuskan secara konsensus.

Mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata beliau sedia kembali memimpin negara jika diminta berbuat demikian, Anwar berkata keputusan tidak terletak di tangan bekas perdana menteri itu.
“Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan,” katanya lapor Malaysia ketika ditemui di suatu pendengaran mahkamah di Shah Alam hari ini.
“Seseorang tidak menjadi menawarkan diri begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan.”
Dr Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003, diuar-uarkan sesetengah pihak sebagai orang terbaik untuk memimpin negara jika PH mengambil alih.
Bekas perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim berkaa ia akan memastikan kestabilian politik sekiranya berlaku perubahan kerajaaan.
Dr Mahathir pada awalnya menolak kemungkinan itu atas alasan umur dan tidak berminat memegang jawatan itu dalam temubual dengan FMT.
Pengerusi PPBM menambah isu calon perdana menteri tidak perlu dibincangkan jika pembangkang gagal memenangi pilihan raya umum.
Bagaimanapun, dalam sesi siaran langsung Facebook minggu lepas, beliau sedia mempertimbangkan langkah itu jika diminta.

“Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam parti Pakatan Harapan,” katanya, merujuk kepada parti komponen lain dalam gabungan pembangkang: DAP, PKR dan Amanah.
PKR secara konsisten mengangkat Anwar sebagai calon perdana menteri, sehinggakan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata membebaskan Anwar serupa membebaskan rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya. Walaupun beliau dijadualkan bebas pada 2020, undang-undang menghalang beliau bertanding atau memegang jawatan politik untuk tempoh 5 tahun selepas pembebasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA