Selasa, 20 Jun 2017

Pembatalan GST 60 barangan ada kaitan PRU14 - PAS

PAS menyifatkan tindakan kerajaan membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan yang dikeluarkan kurang dari tempoh 24 jam itu terpaksa dibatalkan selepas mendapat reaksi negatif dari rakyat.
“Semua rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Wujudnya cadangan perlaksanaan GST terhadap senarai barangan terbaru ini, meskipun dibatalkan kurang 24 jam, kerana reaksi segera rakyat yang membantah.
“PAS yakin tindakan ini ada kaitan langsung dengan PRU14 yang tidak lama lagi. Namun apakah jaminan ia tidak dilaksanakan selepas PRU14,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya di Facebook.
Tuan Ibrahim berkata belum lagi inflasi negara jatuh ke tahap yang disasarkan Bank Negara, namun kerajaan BN mengumumkan GST baru dan sekiranya ia dilaksanakan pasti akan melonjakkan tahap inflasi.
“Apakah perbendaharaan negara kini di tahap sebegitu kritikal sehingga BN sanggup mencadangkan pelaksanaan GST ke atas makanan asas walaupun pilihanraya bakal diadakan dalam tempoh kurang daripada 14 bulan,” katanya.
Semalam Pengarah Kastam Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy membatalkan perlaksanaan GST untuk lebih 60 bahan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Subromaniam berkata perkara itu merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.
Menurutnya, implikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin tertakluk kepada cukai tersebut.
Asalnya bermula 1 Julai ini, beberapa makanan tertentu akan dikenakan GST. Antaranya, ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.
Lebih mendukacitakan ialah barangan asas sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis dan bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa juga akan dikenakan GST.

Justeru, Tuan Ibrahim berkata, BN tidak lagi boleh dikekalkan sebagai kerajaan kerana sekiranya ia terus berlaku, rakyat terpaksa membayar GST untuk petrol dan ubat-ubatan.
“Cadangan terbaru menunjukkan bahawa BN sanggup melanggar janjinya untuk tidak mengenakan GST terhadap makanan asas.
“Tiada jaminan bagi rakyat BN tidak akan melanggar janjinya yang lain jika ia kekal berkuasa,” katanya.

2 ulasan:

  1. Gst keatas barangan tersebut akan dikenakan selepas PRU14, lepas PAS hj hadi bantu umno/bn kekalkan kuasa

    BalasPadam
  2. Hg pa dok diam2​..kaki ponteng

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA