Jumaat, 2 Jun 2017

PELIKNYA PARTI AGAMA: MULA2 BERKONGSI PENTAS DAN BERKONGSI KERETA, LEPAS INI BERKONGSILAH PULA KAWASAN PILIHANRAYA!

Hubungan antara pemimpin Pas dengan UMNO nampaknya maju setapak lagi di mana daripada berkongsi pentas, duduk semeja dan berbaju sedondon sama warna, kini mereka sudah boleh berkongsi kereta pula.
Tambahan lagi berkongsi kereta bukan dilakukan pemimpin biasa-biasa, tetapi yang bertaraf ulama.
Kejadian pertama berkongsi kereta itu berlaku antara Menteri Besar Terengganu, Ahmad Raziif Abdul Rahman dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr. Khairuddin Aman Razali, baru-baru ini.
Kata Dr. Khairuddin, naik kereta bersama-sama itu merupakan contoh politik matang yang diamalkan Pas sekarang ini.
“Itu perbezaan PAS dalam berpolitik, kita tidak boleh ikut cara Pakatan Harapan.
“Politik demokrasi mengajar kita untuk boleh berurusan dengan kerajaan dalam perkara melibatkan maslahah rakyat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sebenarnya, memanglah baik dan molek Pas berbaik-baik daripada terus memaki-hamun, mengeji dan menggelar macam-macam seperti dulu kepada pemimpin UMNO dan kerajaan, tetapi janganlah berpura-pura di mana sementara mereka menjalin hubungan yang semakin baik itu, dalam ceramah di kampung-kampung tetap juga mengatakan mahu melawan UMNO.

Bagaimana mahu berlawan lagi dengan UMNO jika sudah boleh berkongsi menaiki kereta?
Bagaimana juga Pas mahu mengalahkan UMNO dan mengambil alih pentadbiran di Terengganu jika pemimpinnya sendiri sudah seronok dapat naik kereta dengan Menteri Besar daripada parti yang kononnya mahu dikalahkan?
Adakah itu politik matang dan sejahtera?
Maka, terlanjur sudah boleh berkongsi kereta ini, ada baiknya Pas terus saja berkongsi segala-galanya dengan UMNO.
Lepas ini, mulakanlah rundingan untuk berkongsi dan berbagi-bagi kawasan pilihanraya pula.
Itu barulah namanya benar-benar mengamalkan politik matang dan sejahtera.

4 ulasan:

  1. Jgn harap...umno nak share...pas fulusikom Ni decoy..bantu BN..bn yg menang..pas akan dapat share keta..Dan hasil rombakan..rakyat terus dibodohkan..

    BalasPadam
  2. PAS ni dah jadi parti pengemis ke? Mana maruah lagi? 60 tahun dok lawan Umno, ada pula amanat hadi, macam2 lagi dok kutuk Umno, Sekarang dah mula mengemis.... Sorry PAS. Umno is Umno. Jangan mimpi nak beri PAS kerusi free.

    Entah apa nak jadi pada PAS sekarang.... KELIRU sangat. bercelaru betul..

    Dah lumpuh sekarang nak berpaut pada Umno. Saya ucapkan pada PAS.... pi... pi jalan... pi gali kubur sendiri. Pi berambus....

    BalasPadam
  3. Hadi sentiasa dgn fatwanya...
    1. Isu kafir mgkafir
    2. Solat 2 imam
    3. Rasuah tidak berbahaya berbanding khianat.
    4. Jgn tolak kpimpinan kerajaan yg ada
    5. Politik matang
    6. Sapa tolak RUU, bererti menentang islam.
    Dannnnn..
    Kita kena tolong ameno...janji kita dpt pulus...

    BalasPadam
  4. Double standard... bila ceramah bole pulak maki hamun pakatan harapan... tang mana politik matang?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA