Khamis, 8 Jun 2017

Pelaburan “tidak masuk akal”: Apa yang Isa Samad cuba sembunyikan?

Sudahlah mencatatkan kerugian tahun demi tahun sejak ditubuhkan, kini Global Ventures Holdings (FGVH) nampaknya semakin kacau bilau apabila mengumumkan pengantungan empat pegawainya semalam kononnya atas dakwaan salah laku.
Pegawai Eksekutif (CEO) FGVH, Datuk Zakaria Arshad dan tiga lain digantung ahli lembaga pengarah sementara siasatan audit dalaman dilakukan terhadap urus niaga FGVH, membabitkan anak syarikatnya Delima Oil Production dan syarikat Afghanistan Safitex.
Bagaimanapun, Zakaria seperti dilaporkan media menafikan dakwaan yang mengatakan beliau membenarkan Satifex melakukan pembelian tanpa surat kredit yang menyebabkan berlakunya kelewatan bayaran dan mendakwa urus niaga itu diluluskan CEO yang terdahulu.
Beliau berpandangan perkara itu dibangkitkan hanya untuk menyingkirkan beliau daripada syarikat berkenaan ekoran membantah dalam beberapa pelaburan “tidak masuk akal” yang diluluskan ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.
Menurut Zakaria, beliau diketepikan dalam membuat keputusan dalam pelaburan Felda Cambridge Nanosystems Ltd yang kini sedang mencari RM550 juta untuk mengembangkan operasinya selepas kerugian RM117 juta dalam tempoh empat tahun.
Selain itu, beliau juga mendakwa telah membantah untuk membayar RM300 juta untuk 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer di Klang.
“Mengapa saya hendak bagi RM300 juta untuk perniagaan bukan teras? Mereka juga ketepikan (keputusan saya dan) walaupun EXCO sendiri tidak bersetuju, pelaburan itu masih diteruskan,” katanya dipetik laporan media.

Bimbang dengan gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua justeru menggesa Pengerusi FGVH, Tan Sri Isa Samad menjelaskan dakwaan Zakaria berkenaan.
“Kegagalan pengerusi bukan eksektuif FGVH (Isa Samad) menjelaskan dakwaan skandal di atas akan mendedahkan beliau terhadap ‘pelanggaran kod tadbir urus korporat’,” ujarnya Tony dalam kenyataan, hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan turut menarik perhatian terhadap baki wang FGVH yang hanya sebanyak RM1.8 bilion berbanding hutang syarikat berkenaan yang kini mencecah RM4 bilion.

2 ulasan:

  1. Aku yakin ceo fgv skrg seorang yang jujur dan ikhlas. Dia patut dikekalkan.

    BalasPadam
  2. Pelaburan masuk poket sendiri. Penyamun melayu hebat, antara terbaik di dunia

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA