Selasa, 6 Jun 2017

Peguam sahkan siasatan SPRM berhubung bayaran Najib

Peguam Datuk Salehuddin Saidin mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiasat bayaran yang diterima oleh firmanya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011.
Bercakap kepada Malaysiakini, Salehuddin yang adalah bekas seorang timbalan pendakwa raya, berkata pembayaran RM325,188 itu adalah untuk yuran guaman untuk mengketepikan sepina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Empat peguam dilantik untuk mewakili Datuk Seri (Najib), dan bayaran diagihkan di kalangan mereka," kata Salehuddin.
Beliau berkata SPRM menyoalnya mengenai pembayaran itu.
"Mereka menyoal tujuan pembayaran, dan dari mana wang itu datang," katanya.
Bagaimanapun peguam itu berkata beliau tidak tahu asal usul wang berkenaan, dan SPRM juga tidak menyebut bahawa kemungkinan ia adalah dana berkaitan SRC International.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli awal hari ini mendakwa Najib enggunakan dana berkaitan SRC International untuk membayar firma Salahudin.

Beliau merujuk kepada dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bocor telah dimuat-naikkan ke blog sprminsider.blogspot.com yang aksesnya telah disekat oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan Rafizi dan telah juga menghubungi SPRM dan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Shariffudin Tengku Ahmad untuk maklum balas mereka mengenai dakwaan Rafizi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA