Sabtu, 17 Jun 2017

Peguam Rosmah buru 'penfitnah' media sosial..!!

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.
Menurut firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka "memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat" terhadap anak guamnya itu.
"Baru-baru ini, lebih banyak serangan yang berniat jahat dan tidak berasas muncul dan dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.
"Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti dan/atau asas, dilakukan dengan niat jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik Rosmah atas dakwaan salah laku yang menjejaskan reputasi beliau," kata firma itu dalam kenyataan, hari ini.
NoorHajran Mohd Noor berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis.
Semalam, Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Katanya, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan sosial media bagi tujuan itu.
“Bagi melebar luas anasir-anasir kotor mereka, media sosial telah dijadikan senjata utama mereka untuk mengelirukan serta mempengaruhi minda dan fikiran rakyat.
“Natijahnya orang yang difitnah terus menjadi mangsa dan masyarakat akan dimomokkan dengan perkara tidak benar,” kata Rosmah sebelum memberi sumbangan Hari Raya di Kementerian Pertahanan Malaysia.

7 ulasan:

  1. Bila dah terjawab tuduhan, cuma tinggal cara ugutan. Malu la sikit

    BalasPadam
  2. Bila dah TAK terjawab ......

    BalasPadam
  3. Klu berani saman la bawa masuk court. Kita dedah lg ttg barang2 kemas dan lain2 harta curi

    BalasPadam
  4. Mak lampir dah takuuutttt....hihihi

    BalasPadam
  5. padan muka.....dah takut ......kita tunggu gari sampai pulak...ni gelang berhantu,,,,,lu tungguuuuuuuu

    BalasPadam
  6. Ilmu pekak badak kak mah badak dah tawar.....dia dah mula menggigil dah....hihijihi

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA