Ahad, 11 Jun 2017

PAS: Tukar kerajaan belum tentu bawa kebaikan

Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa PAS sedang bekerjsama dengan Umno tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.
tuan-ibrahim
PETALING JAYA: Menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal melaksanakan perubahan seperti diharapkan, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dipetik Utusan Online, beliau berkata, walaupun menukar kerajaan sering dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Tuan Ibrahim yang memangku tugas presiden PAS berkata, keadaan itu dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.
“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan).
“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” kata beliau.
Menurut laporan itu, beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan PAS Pusat di ibu negara semalam.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa PAS sedang bekerjsama dengan Umno tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.

“PAS mahu membawa gagasan politik yang matang. Kita mahu berubah daripada politik maki hamun kerana generasi kini sudah berubah, bukan lagi generasi seperti zaman sebelum merdeka,” katanya.
Parti itu yang baru-baru ini memutuskan kerjasama politik dengan PKR dan dengan DAP 2 tahun yang lalu tidak menganggotai Pakatan Harapan yang dibentuk bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
Dalam 2 pilihan raya umum lalu PAS menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR, di mana telah membawa kepada penurunan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen. Pada tahun 2008, kerjasama itu membawa kepada perubahan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990.

5 ulasan:

  1. Habis apa halatuju PAS pula? Pelik betul PAS ni. Rakyat akan tendang buatendang dalam PU 14. PAS dah tahu pun. Jadi dok fikir bagaimana nak menang. Nak tunggu Umno hulur tangan ajak bergabung. Tapi tak tercapai. Jadi terkapai2 sekarang. Rosak PAS kerana punyai pemimpin yang kurang cerdik.

    BalasPadam
  2. Kerajaan selangor dan pulau pinang dah bertukar dan dapat memajukan negeri dgn lebih baik....tapi kelantan dah lebih 20 tahun perintah...ape yg pas boleh banggakan dgn islam cara pas...hancur...tak payahlah tengok iraq...bukan ade melayu yg perintah kat sana

    BalasPadam
  3. Pelik sungguh aku dgn pas. Belum cuba nak bersikap negatif. Allah suruh fikir, Selangor dan Penang dah bertukar kerajaan. Alhamdullilah saya dapati fua kerajaan ini lebih baik. Air percuma, bonus 3 bulan, akaun tiada defisit. Jgn banding dgn negara Asia Barat, tak betul perbandingan.

    BalasPadam
  4. TITM NI AMBIK CONTOH KELANTAN KOT....DULU BN LEPAS TU PAS AMBIL ALIH, MASA ARWAH TGNA TAK MACAM NI, LEPAS AMBIL ALIH DARI ARWAH TGNA JADI MACAM MACAM....TITM TAK NAK AMBIL CONTOH SELANGOR DAN PULAU PINANG, YANG MUDAH NAK TANYA SIKIT..... DULU GAJI GURU KAFA DI PP BERAPA, SEKARANG BERAPA... DI KELANTAN DULU BERAPA SEKARANG BERAPA CUBA KITA BERSANGKA BAIK.....

    BalasPadam
  5. 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂🍓😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂🍓🍇🍉🍇🍌🍋🍇🍇🍉🍌🍌🍇🍇🍉🍌🍌🍉🍇🍇🍉🍌🍋🍊🍎🍏🍉🍉🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

    We have comedians in PAS or liars.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA