Sabtu, 3 Jun 2017

PAS Johor sasar tanding 17 kerusi Parlimen 40 DUN

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kesemua kerusi berkenaan, namun nama-nama kerusi terbabit belum boleh didedahkan buat masa ini.
Abdullah-Husin-pas1JOHOR BAHRU: PAS akan bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kesemua kerusi berkenaan, namun nama-nama kerusi terbabit belum boleh didedahkan buat masa ini.
“Kita (PAS) telah buat perbincangan dalam hadapi PRU kali ini iaitu memutuskan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di negeri ini berbanding 8 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU lepas.
“Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Johor di sini, hari ini.
Abdullah yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi PRU dengan persiapan maksimum dan hanya menunggu ‘wisel’ dibunyikan.
“Walaupun PAS dalam keadaan bersendirian dan tidak bekerjasama dengan parti lain, ia tidak bermakna kita (PAS) akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Johor kerana kita ada perkiraan dan pertimbangan tersendiri,” katanya.

2 ulasan:

  1. Tak payah berangan le !!!!!pusss

    BalasPadam
  2. Realiti pru di malaysia ni wahai tok-tok lebai ialah tiada parti boleh menang jika bertanding bersendirian. Ia kena membentuk pakatan seperti pakatan rakyat. Malaysia negara majmuk.
    Pas boleh bertanding di 1000 kerusi hatta nenek yg berumur 100 tahun pun boleh, tetapi boleh menang ke?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA