Jumaat, 30 Jun 2017

PAS IKUT SKRIP UMNO....!!!


Pendirian Pas menolak pelawaan Pakatan Harapan untuk bersama-sama memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan seolah-olah mengikut skrip Umno.
Setiausaha Eksekutif Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata, alasan Pas menerusi kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali itu, sekali gus menimbulkan tanda tanya.
Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, adakah Pas tidak menghiraukan isu-isu penyelewengan yang merugikan di negara sendiri?
“Sebagai seorang ahli parlimen, Khairuddin harus sedar betapa serius isu ini atau saja buat tidak tahu? Angkuh dan sombong hanya akan merugikan dan memalukan negara di peringkat antarabangsa,” katanya.
Muhammad Shahir berkata, beliau pelik dan geli dengan gelagat Pas yang seolah-olah ingin kembali kepada BN seperti di bawah Datuk Asri Muda suatu masa dahulu.

4 ulasan:

  1. Geli tengok gelagat lebai-lebai Pas yang konon perasan hebat dan suci... seolah-olah mereka tu sentiasa betul ....hinggakan si-klepek pitis pun dipertahankan oleh lebai-lebai cap bulan!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ghuper2nyer bangang nak mampus.....bodosssssd betul.....asyik kene tipu jer ngan penyamun....dr dulu..kini...dan selamernyer....

      Padam
  2. Perjuangan Islam Pas lebai hadi terkini. Sucikan penyamun. Apa dah jd dgn hudud?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA