Sabtu, 3 Jun 2017

PAS akan bertanding 100% kerusi Kelantan - Ahmad Yakob

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Di Kelantan mesti 100 peratus (PAS akan bertanding),” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak perantauan Kelantan di Dewan Bunga Kertas MBSA, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PAS akan bertanding di kesemua kerusi di Kelantan pada PRU14.
Ahmad yang juga Timbalan Murshidul Am PAS ketika ditanya kesediaan PAS meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut berkata akan merujuk perkara itu kepada PAS Pusat terlebih dahulu.
“Itu kita rujuk kepada PAS Pusat, jawatankuasa kerja PAS Pusat dia yang menentukan segalanya. Setakat ini kita tak buat apa-apa lagi keputusan. Jawatankuasa PAS Pusat pun belum lagi mesyuarat,” katanya.
Sementara itu, Ahmad ketika ditanya mengenai perkembangan kesihatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu berkata, keadaannya semakin pulih.

Katanya lagi, Abdul Hadi mungkin akan dibenarkan keluar IJN tidak lama lagi.
“Alhamdulillah. Insya Allah dalam seminggu atau dua minggu lagi dia akan keluar daripada hospital. Bertambah baik dalam jagaan hospital,” katanya.
Abdul Hadi dimasukkan ke IJN pada 15 Mei lalu dan PAS mengarahkan anggotanya melakukan sembahyang hajat bagi mendoakan sesi rawatan intensif ke atas presiden parti itu berjalan lancar.
PAS juga mengumumkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memangku tugas Abdul Hadi sepanjang proses rawatan itu berlangsung.

6 ulasan:

  1. Bertandinglah wahai pas. Logik Kiraan matematik kata kalau bertanding 3 penjuru , pemenangnya umno. Tindakan pas kebelakangan ini amat menggembirokan umno.
    Mb Kelantan selepas pru 14 nampaknya ialah tok pa. Padan muka pas kerana tindakan yg tidak cerdik politik.

    BalasPadam
  2. Habis tu, lps PRU 14 nanti, bekas MB diberi tugas baca doa majlis rasmi kerajaan ke? Tanya je, jgn marah!! Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mungkin tok pa akn bagi tugas yg tinggi sikit lah iaitu pembaca doa kanan majlis rasmi kerajaan sebagai menghargai jasa pas tolong umno ambil alih Kelantan.

      Padam
  3. Pan dah tau akan kalah...elok x payah bertandinglah...bgi je pas lawan umno...ni nk kacau jgk...pas x takut dgn pan...ahli pun buleh kira pakai jari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn sombong Allah tak suka...nak bertanding 200% pun tak de siapa larang....semua parti layak bertanding...kalau rasa kuat lawan je...parti lain pun sama...kalah menang Allah tentukan.

      Padam
    2. Allah tentukan semua kemenangan....dan Allah suruh berusaha jugak...dan guna aqal fikiran yg yg Allah gunakan....dgn memikirkan strategi2 yg terbaik....kalu dr strategi mmg PASPISPUS akan kecundang diKelantan.....sbb ilmu politik nyer ketinggalan zaman....ilmu politik assobiyah....yg mudah dimanipulasi oleh umno/bn...anak murid yahudi APCO.....hihihihi

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA