Jumaat, 23 Jun 2017

Muhyiddin Presiden PH hanya cadangan, PPBM nafi mahu kuasai PH



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak tanggapan mahu menguasai Pakatan Harapan (PH) apabila mencadang dua jawatan utama gabungan itu disandang pemimpin utama parti itu dan menegaskan cadangan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden PH boleh dikompromi atas semangat mesyuwarah.
Kamarudin Md NorKetua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata, cadangan asal PPBM untuk meletakkan Muhyiddin sebagai Presiden PH adalah untuk memantapkan kepimpinan PH secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU 14 berasaskan pengalaman luasnya menerajui jentera pilihan raya BN.
"Namun PPBM sedia berkompromi bagi jawatan Presiden PH atas semangat musyawarah," katanya.
Pendirian PPBM ini, jelas beliau telah disampaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9 Jun 2017.
Justeru, katanya tidak timbul isu PPBM ingin mendominasi PH dengan menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden seperti yang diulas oleh beberapa orang tokoh politik dan dilapor oleh media.
Kamarudin merujuk kepada laporan media mengenai struktur Pakatan Harapan yang dicadangkan oleh PPBM dan menegaskan hanya jawatan Pengerusi sahaja dicadangkan PPBM untuk disandang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, PPBM bersedia untuk menerima struktur kepimpinan PH yang baharu sekiranya dipersetujui secara sebulat suara oleh parti-parti PH yang lain.
"Ini penting untuk memastikan kesepakatan dalam kalangan parti-parti pembangkang dan tumpuan utama diberikan kepada usaha untuk memenangi PRU 14. Buat masa ini, PPBM sedang menunggu jawapan rasmi daripada Sekretariat PH mengenainya," ujar beliau.

2 ulasan:

  1. Bersatu baru aje masuk ph. Bagilah anwar jadi pm. Yg penting ph perlu singkirkan bn .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
      Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
      Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
      Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
      Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
      Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA