Jumaat, 23 Jun 2017

Muhyiddin: Kenapa Najib tak tegur Dr M 25 tahun lalu?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan mengapa selama ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dalam isu kerugian tukaran asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia.
Muhyiddin berkata, keputusan kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal itu selepas lebih dua dekad berlalu adalah sesuatu yang aneh.
"Jika benar Najib hendak mencari kebenaran dalam isu kerugian urusniaga ini, beliau sepatutnya telah bersuara mengenainya ketika beliau berada di dalam kabinet Tun Dr Mahathir 25 tahun yang lalu.
"Jika tidak di dalam kabinet, beliau boleh menyuarakannya di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang mana pada ketika itu beliau adalah naib presiden," kata Muhyiddin dalam kenyataan media hari ini.
Muhyiddin berkata beliau tidak ingat sama ada Najib pernah menyuarakan hal itu dan menegur Mahathir dalam mana-mana mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada ketika itu.
"Begitu juga ketika saya berada di dalam kabinet Tun Mahathir bersama-sama beliau pada ketika itu, saya tidak pernah ingat Najib membangkitkan perkara ini dalam mana-mana mesyuarat kabinet," katanya.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan kabinet bersetuju untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian tukaran mata wang berjumlah berbilion ringgit pada tahun 1980-an.
Kerajaan juga mendakwa, pasukan petugas yang meneliti skandal tersebut mendapati wujudnya unsur-unsur mengaburi fakta-fakta tertentu.
Penubuhan RCI itu dilihat pengkritik susulan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil  bagi merampas aset yang diseleweng dari dana 1MDB.
Timbul selepas isu 1MDB
Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan keputusan untuk membentuk RCI itu hanya timbul setelah Tun Mahathir mengkritik Najib dalam isu penyelewengan 1MDB.

"Bukankah kes ini telah disiasat dan individu-individu terbabit telah lama meletakkan jawatan? Apa pula muslihat Najib menubuhkan suruhanjaya ini?" soal Muhyiddin.
Sebaliknya, Muhyiddin percaya keputusan kabinet menubuhkan RCI forex ini hanya cubaan mengalihkan perhatian rakyat daripada skandal penyelewengan 1MDB.
"Najib tidak mampu menjawab pelbagai persoalan yang melingkari 1MDB terutama yang melibatkan pembabitan dirinya sendiri dan ahli keluarganya secara langsung dalam menyeleweng wang 1MDB.
"Sedangkan keperluan yang amat mendesak pada ketika ini ialah untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja menyiasat penyelewengan 1MDB," kata Muhyiddin.
Najib sebelum ini menafikan sebarang salah laku yang berkaitan 1MDB.

1 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA