Isnin, 5 Jun 2017

MALAYSIAKU: KUCING LEBIH PENTING DARIPADA RAKYAT?

Pendedahan laman web Sarawak Report pada 31 Mei yang mendakwa wang berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak ke dalam akaun peribadi peguam UMNO Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Namun saya kesal kerana sehingga ke hari ini Dato' Sri Najib dan Tan Sri Shafee masih belum menjawab dakwaan tersebut.

Setakat ini, rakyat Malaysia hanya mendengar alasan remeh yang diberi menteri Dato' Seri Nazri Aziz. Ini amat tidak memadai, kerana persoalan pokok tidak terjawab, iaitu mengapa dana dari SRC International ini berada di dalam akaun peribadi Dato' Sri Najib dan mengapa RM 9.5 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Tan Sri Shafee.

Tanpa jawapan jelas dan tepat dari Najib, dakwaan ini menimbulkan tandatanya apakah dana ini berkait kes Fitnah 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes Fitnah 2 yang menerima wang dari Najib serupa yang diterima Shafee.

Pada masa yang sama, dakwaan ini menimbulkan persoalan sama ada Najib telah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA 2014).

Oleh itu, saya dan pimpinan Pakatan Harapan akan membincangkan isu ini pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9hb Jun, termasuk langkah-langkah perundangan yang boleh diambil untuk memastikan kebenaran akan muncul juga akhirnya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN


Sudah masuk hari kelima sejak Sarawak Report mendedahkan tentang pembayaran sejumlah RM9.5 juta kepada peguam Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan liwat 2 Anwar Ibrahim yang menyebabkan timbulnya tuntutan agar Najib Razak tampil memberi jawapan serta disusuli beberapa laporan polis mengenainya, namun sehingga ini Perdana Menteri kekal dengan sikap membisunya.

Di mana sikap ketelusan dan rasa tanggungjawab beliau kepada 31 juta rakyat Malaysia yang masih tertanya-tanya motif pembayaran tersebut?

Di mana juga benarnya ampuan seorang ahli MT UMNO dari Pahang yang berkata mereka berbangga dengan Najib yang begitu telus dalam memimpin parti dan negara jika sehingga hari ini beliau masih membatukan dirinya?

Malah, di ketika rakyat menanti-nanti jawapannya itu, dalam salah satu tweetnya semalam, Najib nampaknya lebih ghairah berkongsi cerita tentang kucingnya yang menjeling tidak mahu diganggu tidur pada petang hari minggu.

Adakah berkongsi cerita tentang kucingnya yang bernama Kiky lebih penting daripada menjawab isu semustahak melibatkan wang RM9.5 juta?

Apakah wajar bagi seorang Perdana Menteri, di ketika tuntutan untuk beliau membuka mulut tentang isu yang lebih mendesak, sebaliknya lebih seronok mengutamakan tentang kucingnya yang menjeling?

Cuba perhatian jelingan mata kucing itu, apakah yang boleh ditafsirkan mengenainya?

Adakah kucing itu pun seperti menuntut supaya Najib menjawab isu berkenaan daripada sibuk mengambil gambarnya dan kemudian berkongsi mengenainya di media sosial?

3 ulasan:

  1. dia jeling ko sbb dia tahu ketua penyamun...tuan dia dah balik bawak...wang besar....hihihihi

    BalasPadam
  2. ye lah...dia jeling..sbb dia takut yg dia jugak dibeli ngan duit 1MDB....dia tak mahu terlibatlah tu......hihihihi

    BalasPadam
  3. Kucing tu tahu, rakyat dan PH tak boleh buat apa² selain buat bising dalam internet.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA