Sabtu, 10 Jun 2017

Mahfuz persoal PAS harap bukan Islam akan undi kerana takut

Kata Mahfuz, orang bukan Islam hanya akan mengundi parti yang benar-benar mahu menggantikan pentadbiran sekarang.
mahfuz-omar-pas
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar, satu-satunya pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinan PAS, mempunyai mesej khusus untuk partinya: Jangan berharap orang bukan Islam akan mengundi anda kerana sentimen takut.
“Orang bukan Islam hanya akan mengundi parti yang benar-benar mahu menggantikan pentadbiran sekarang,” kata Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan bekas naib presiden PAS.
Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai berkata, parti itu percaya ia boleh memenangi undi di kawasan bandar kerana orang bukan Islam akan menyokongnya kerana takut akan dilihat sebagai anti-Islam.
Dipetik Malay Mail, Khalil berkata, sesetengah orang Cina dan India dilihat bimbang dengan serangan DAP terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung usaha beliau membawa hukuman yang lebih berat di bawah undang-undang syariah.
Beliau percaya mereka berpendirian sedemikian akan mengundi PAS supaya akan dilihat sebagai tidak bertentangan dengan Islam.
Mahfuz berkata, beliau menghormati hak Khalil untuk melahirkan pendapatnya, tetapi menambah, PAS akan terjejas peluang pada pilihan raya umum akan datang jika ia bergerak dengan kepercayaan ketua pemuda itu.
Mahfuz memberitahu FMT, bukan Islam akan menjadi tidak bersedia untuk mengundi PAS kerana parti itu sebelum ada memaklumkan yang ia akan bersaing di 80 kerusi parlimen dan menyasarkan untuk menang 40 daripadanya.
Kini terdapat 222 kerusi Parlimen.

2 ulasan:

  1. Saya bersetuju dgn mahfudz yang bukan islam tidak akn menyokong pas jika ia bergerak dengan kepercayaan ketua pemuda itu. Pas sepatutnya bersama ph utk menukar pentadbiran skrg.

    BalasPadam
  2. Kesian tahap pemikiran ketua pemuda pas. Mana pemikir2 pas?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA